Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ibadah Korban AidilAdha Tahun Hijriah 1435

Alhamdulillah, selesai sudah urusan Ibadah Korban di kampung. Hari Raya Pertama kami bersama-sama gotong-royong untuk melapah daging lembu yang dikorbankan oleh Kak Suha. Satu ekor dikorbankan untuk kali ini dengan harga RM3,400.
Mula start melapah daging sekitar jam 9.30 pagi dan jam 10.30 pagi semua dah selesai. Nampaknya jam 12.30 tengahari kami semua dah boleh makan tengahari selepas daging-daging korban ini diagihkan dan di masak untuk di makan bersama-sama.
Ibadah Korban AidilAdha Tahun Hijriah 1435
Ibadah Korban AidilAdha Tahun Hijriah 1435
Esok, Hari Raya Kedua, InsyaAllah giliran kami pula untuk melakukan ibadah Korban. Walaupun tak sempat nak tunggu kerana terpaksa balik ke KL seawal pagi esok. Nampaknya, kami terpaksa wakilkan kepada Mak untuk ibadah Korban dan Aqiqah tahun ini.
Semoga rezeki kami yang sedikit ini dipermudahkan dan diberikan rahmat oleh Nya,,, Aminnnn…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.