Menonton LIVE Ice Hockey Womens World Championship
|Pengalaman pertama kali Menonton LIVE Ice Hockey Womens World Championship Division 2 antara pasukan Korea Selatan vs Netherland. Gelanggang Ice Hockey di Gangneung ini mula diuji untuk persediaan Winter Olympics 2018 PyeongChang tahun hadapan.
Teruja, Meriah dan memang pengalaman terbaru MrJocko secara peribadi bila dapat menlihat sendiri bagaimana kemeriahan dan sokongan padu penyokong kedua-dua pasukan berentap di stadium.
Baca : Tempat Menarik di Pyeongchang Stadium Utama
Ice Hockey Womens World Championship Di Korea
Ice Hockey Womens World Championship
Untuk info korang yang mungkin tak pernah tahu tentang Ice Hockey Women’s World Championship ini, Korea Selatan adalah antara negara yang mempunyai ramai pemain Ice Hockey yang berbakat. Katanya, tahun ini pencapaian mereka memberangsangkan dan telah ‘promoted’ untuk ke Division 1 tahun 2018.
The 2017 IIHF Women’s World Championship Division II was an international Ice hockey tournament run by the International Ice Hockey Federation. Group A was contested in Gangneung, South Korea, from 2 to 8 April 2017

Sebelum ini, lihat sukan Ice Hockey ni dari kaca TV sahaja. Paling MrJocko ingat ialah cerita dalam filem The Mighty Duck, filem tahun 1992. Sekali lihat, sukan ni nampak macam kasar kan? Tetapi sebenarnya, itulah ‘beauty’ permainan sukan Hoki Ais ini.
Walaupun nampak kasar, ia punyai peraturan yang tetap dan tidak membahayakan pemain-pemain Ice Hockey. Lebih kurang macam main Ragbi 7 jugak.
Setiap pemain kena ikut peraturan Ice Hockey yang ditetapkan, bukan bermain untuk menyakitkan sesiapa.
Kalau lihat dari penyokong ketika perlawanan Ice Hockey Womens World Championship Division II antara Korea Selatan vs Netherland ni, boleh kata sambutan agak meriah. hampir penuh dengan penyokong Korea Selatan semestinya. Ada 3 level tempat duduk, dan hanya level 3 dibiarkan kosong kerana ia adalah perlawanan ujian untuk stadium ini bagi menghadapi sukan 2018 PyeongChang tahun hadapan.
Dari segi susunan pintu masuk memang teratur dan tempat duduk adalah mengikut sektor yang dikhaskan. Ruang pejalan kaki agak luas dan tandas berada di setiap sektor dan setiap level, kemas dan bersih.
Nampaknya, PyeongChang memang dah bersedia untuk menyambut tetamu dan penyokong Sukan Olimpik Musik Sejuk 2018 PyeongChang. InsyaAllah kalau ada peluang, jom ramai-ramai ke PyeongChang pada bulan Februari 2018.
Ada sesiapa pembaca sukan layan sukan Ice Hockey ni???