Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Iftar Kuala Lumpur 2019 Dataran Merdeka

Saban tahun, Dataran Merdeka sebenarnya menjadi port ramai orang Kuala Lumpur untuk santai berbuka Puasa. Bukan sahaja kerana kawasan lapang ini punyai pemandangan yang indah, tetapi suasana ketika berbuka di sini sangat meriah. Pengalaman sendiri, melihat Meriahnya Iftar Kuala Lumpur 2019 Dataran Merdeka yang mungkin anda tak tahu.

Kebetulan, bermula tahun ini, pusat Bazar Ramadhan dan juga Penjaja Jalan TAR kini telah dipindahkan ke sepanjang Jalan Raja, berhadapan dengan Dataran Merdeka, memeriahkan lagi suasana yang ada di sini.

Meriahnya Iftar Kuala Lumpur 2019 Dataran Merdeka

Iftar 2019 Dataran Merdeka

Program Iftar Kuala Lumpur di Dataran Merdeka ini sebenarnya salah satu usaha yang baik untuk menarik pelancong asing singgah dan merasai sendiri pengalaman ‘Berbuka Puasa’ di tempat terbuka seperti ini.

Baca : Menarik di Kuala Lumpur

Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, tikar-tikar akan di hamparkan di jalan raya, sepanjang laluan Jalan Raja diantara Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Dataran Merdeka.

Pakej dan Bungkusan Berbuka Puasa akan diagihkan di tikar-tikar ini, sesiapa sahaja dijemput untuk menyertai Iftar 2019 Dataran Merdeka bermula sekitar jam 6.30 pm sehingga tengah malam. Ruang mengambil Wuduk dan Ruang Solat turut di sediakan bagi memudahkan Jemaah untuk mengerjakan Solat Maghrib, Solat Isya’ dan juga Solat Terawih bagi yang berkesempatan.

Iftar 2019 Dataran Merdeka

Iftar 2019 Dataran Merdeka

Iftar 2019 Dataran Merdeka

Kami sekeluarga turut serta dalam Iftar 2019 Dataran Merdeka minggu lepas. Walaupun agak sesak dan susah untuk mendapatkan ruang parkir, tetapi ia berbaloi.

Merasai sendiri kemeriahan berbuka puasa di tengah padang Dataran Merdeka dengan keluarga, Solat Maghrib Berjemaah dan kemudian bagi yang nak membeli belah, boleh terus singgah di kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan Hari Raya di sepanjang Jalan Raja Kuala Lumpur.

Iftar 2019 Dataran Merdeka

Pastinya, ini sesuatu yang baru buat kami sekeluarga. Namun, ia menjadi kebiasaan kepada ramai penduduk Kuala Lumpur, berbuka Puasa di Dataran Merdeka. Best rupanya.

Iftar Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka dianjurkan oleh MOTAC (Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia) setiap hari minggu Sabtu dan Ahad.

Antara aktiviti yang dianjurkan seperti Agihan Bubur Lambuk, Solah Maghrib, Isya dan Terawih Berjemaah, Tadarus AlQuran, Pusat Pungutan Zakat, Konsert Ramadhan, Moreh dan banyak lagi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.