Iftar Di Prince Hotel Kuala Lumpur Buffet Ramadhan
|090909 – Iftar kat Prince Hotel Kuala Lumpur plak.
Last week lagi member baik aku Mr Razi dan chop kan tempat dan suh aku dtg Majlis Iftar di Prince Hotel Kuala Lumpur anjuran geng2 syarikat diorang. Aku kalau dah di jemput, kebetulan tak der hal lain waktu tu, aku angguk ajer.
Nak pegi sorang tak best, so aku ajak la my Wife, si Ramzi dan jugak Shah. Bleh buat teman borak.
Dari ofis aku gerak trus kul 5.45pm. Ambik wife aku kat area ofis gak. Pastu trus masuk Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail dan trus ke menghala Jalan Conlay. Depan tu jer prince Hotel. Sib baik, cuma 10 minits jer.
Parking level 5, kendian turun ke Lobby Hotel. Awal lak sampai, so tunggu la Razi kat Lobby. Shah dah sampai, Ramzi jer belum. Lembab betul. Hehehe,,,
Dekat kul 7.00pm baru la nampak muka si Razi. Trus ke bilik yg di tempah khas kat level 3. Lepas registration, baru la bleh chop tempat. View cantik, makanan, ermmm,,, marvelous.
Apa lagi, trus la Q ambik makanan. nak tau menu apa, korang tgk la sendiri.
Iftar Buffet Ramadhan
Salad ciptaan aku. Sedap dowhhh…Dengar jer Azan berbuka, aper lagi, Bismillah. Org tak ramai, so, pelan2 jer la kunyah. Kasik feel satu2. Pastu, ambik menu lain lak. Smua aku try la. Burppp!!! Alhamdulillah.Thanks la kat Razi. Ni la buffet berbuka yg paling best stakat hari ni dan pada tahun ni. Nanti ajak lagi yer… Dah abis berbuka, harus la nak kena balik. Maghrib dan Isya blum lagi ni. Terawih aku rasa miss lagi malam ni. Apa nak jadi la ngan aku ni,,,
Sebelum balik dari Iftar di Buffet Ramadhan Prince Hotel Kuala Lumpur, ambik gambar dulu. Ni model kapal dari negara China kot. cantik…