ikut KEKASIH ke Afrika
|“KUALA LUMPUR: Selepas 72 jam dilaporkan hilang, seorang gadis remaja berusia 19 tahun dikesan berada di Cape Town, Afrika Selatan kerana mengikut seorang lelaki warga asing dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di ibu negara. “
Dulu Lombok, skang Afrika plak??? Nak kata pegi tgk World Cup, Piala Dunia dah abis…
Ntah la, tak tau nak komen apa. Setengah budak2 skang, mentaliti nak hidup senang sajer. Kalau rajin nak kerja pastu senang ok la,,, ni ramai nak ambik jalan mudah. Nak senang, cari benda2 yg salah. Cepat kaya katanya.
Bila dpt offer travel ke luar negara, gaji besar. Keja hantar barang sajer. Main ikut jer, tanpa nak usul periksa brg apa yg diorang nak hantar. Kalau dah tertangkap, mula la ckp kena perangkap…??? Camana plak tu?
Prinsip asas kena ingat, takder jalan mudah nak hidup senang. Kalau korang di offer buat keja senang dan dpt duit atau habuan besar, mesti ada benda tak betul.
Please la, kalau umur dah 18 tahun ke atas, dah boleh dikatakan MATANG. Bleh berfikir secara rasional… jangan kelabu mata dik, nanti bila terkena, menyesal tak sudah…
2 Comments
dahsat dah taste anak2 dara sekarang ni..
mintak dijauhkan segala yg buruk2 terjadi pada anak2 akak
salam ziarah & selamat berpuasa Mr. Jocko 🙂
trima kasih MakDara