Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin Persembahan LIVE Terbesar

Ini show terbaik. Nama persembahan ini, Sanjie Liu Show Guilin, tidak terkenal sangat di kalangan pelancong Malaysia. Tetapi, ia sebenarnya satu pertunjukkan ‘LIVE’ yang wajib korang alami sendiri jika melancong ke Guilin, China. Ini adalah perkongsian MrJocko tentang review show Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin Persembahan LIVE Terbesar Terbaik yang pernah MrJocko tonton.

Tidak seperti persembahan teater muzikal atau persembahan LIVE ditempat lain, persembahan terbesar di Yangshuo Guilin ialah persembahan yang unik mengumpulkan lebih dari ribuan pelakon dan krew dalam menjayakan persembahan memukau ini.

Baca : Gua Warna Warni Di Guilin China

 


Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin

Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin Persembahan LIVE Terbesar Terbaik
Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin

 

Ya, mungkin korang pernah menonton drama secara langsung atau teater di dalam panggung ruang tertutup. Tapi di sini, persembahan terbesar di Guilin, mereka menawarkan persembahan di pentas hidup, berlatarbelakangkan gunung dan ganang serta sungai dan Sungai Li dengan iringan lakonan dan produksi krew lebih dari 1,000 orang.

Setakat ini, ia adalah satu-satunya persembahan luar dewan, besar dan yang paling unik pernah MrJocko lihat dengan mata sendiri.

Menurut informasi, persembahan ini dimulakan pada 20 Mac 2004 di Sanjie Liu Sing Fair, salah satu dari kawasan West Street (Xi Jie). Dalam bahasa lain, ini adalah teater semulajadi terbesar di dunia yang menggunakan pentas mereka di perairan Li River. Di belakangnya ada beberapa bukit dan gunung yang dijadikan sebagai latar belakang semulajadi.

Bayangkan sendiri, dalam persembahan ini ada kesan hujan, cahaya bulan, bukit dan pantulan terbalik dan banyak lagi kesan khas termasuk sampan dan bot yang menjadikan persembahan ini antara persembahan terbaik di dunia.

Auditoriumnya terletak di pulau-pulau semulajadi sungai dengan penonton berdiri di atas teras tempat duduk yang direka, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau. Peralatan bunyi di sini tidak dapat dilihat kerana ia selaras dengan persekitaran semula jadi.

Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin
Pintu Masuk Utama
Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin
Bangunan Tempat Duduk
Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin
Tempat Duduk Biasa
Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin
Menghadap Pentas
Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin
Pentas Utama Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin

 

Dalam persembahan di Yangshuo Guilin ini ada beberapa bahagian. Panjang kalau nak diceritakan di sini. Cukup sekadar MrJocko katakan, jalan cerita persembahan Impression Sanjie Liu Yangshuo ini mengisahkan kehidupan masyarakat China dengan Li River.

Persembahan ini menggabungkan muzik moden dan klasik yang dimainkan oleh pemuzik terkenal China. Di samping itu, terdapat lebih daripada 600 penghibur, yang semuanya adalah penduduk tempatan Sungai Li (Li River). Mereka membentangkan realiti kehidupan untuk orang-orang di kampung halaman Sanjie melalui persembahan mereka yang primitif dan indah.

Baca : MrJocko dan Trip ke Guilin China

Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin
Persembahan Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin

 

Untuk info bagi mereka yang berminat nak saksikan persembahan menarik ini, tiket Sanjie Liu Yangshuo Guilin adalah Tempat Duduk Biasa CNY198 (MYR125), VIP CNY320 (MYR200) dan President CNY680 (RM430)

Kalau nak faham lebih lanjut tentang persembahan Impression Sanjie Liu Yangshuo Guilin ini boleh baca di perkongsian di laman web Travel China Guide https://www.travelchinaguide.com/attraction/guangxi/yangshuo/impression-sanjieliu.htm

Keseluruhan persembahan ini, ia memang memukau. Walaupun dari segi jalan cerita, susah nak faham sebabkan keseluruhan cerita berkisar dalam sejarah China dan bahasa Mandarin, tetapi persembahan live dengan kuasa lebih 1000 orang di sini memang menakjubkan semua penonton.

Ia pastinya satu lagi pengalaman baru untuk kami, yang berkunjung ke sini dengan Pakej Percutian ke Guilin bersama KSB Travel Sdn Bhd.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.