Indahnya Pulau Besar Mersing Dengan Bajet Sederhana
|Kepulauan Mersing memang banyak pulau-pulau menarik. MrJocko dah kongsi tentang tempat menarik di Kepulauan Mersing ini termasuk Pulau Rawa dan Pulau Tengah. Kali ini, mari kita lihat apa yang menarik di Pulau Besar Mersing, salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan. Indahnya Pulau Besar Mersing Dengan Bajet Sederhana dan ia memang berbaloi.
Pulau Besar dikatakan antara pulau pilihan ramai pelancong selain dari Pulau Tioman, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi kerana kedudukkannya yang agak dekat dengan Jeti Mersing. Lebih lagi, pakej percutian, harga bilik resort di Pulau Besar jauh lebih murah berbanding dengan harga bilik Pulau Rawa dan Pulau Tengah.
Lihat sahaja gambar yang MrJocko kongsi ini, betapa cantiknya pemandangan di pantai Pualau Besar.
Baca : Tempat Menarik di Johor
Pulau Besar Mersing Dengan Bajet Sederhana
Kemudahan di Pulau Besar Mersing juga ada banyak dengan kemudahan jeti yang lebih cantik dan dibina dengan sebaiknya. Pulau ini didiami oleh beberapa keluarga dan mempunyai Ketua Kampung serta AJK yang terlibat dalam pengurusan kampung.
Di Pulau Besar Mersing ini mempunyai 3 resort pilihan yang boleh anda pilih mengikut bajet dan citarasa anda. Yang paling terkenal ialah Aseania Beach Resort Pulau Besar, kemudian diikuti oleh Mirage Resort & Safaris dan juga D’Coconut Island Resort untuk bajet yang lebih murah.
Pantai di Pulau Besar Mersing masih lagi putih bersih dan sangat memukau. Pandangan dari darat memang membuatkan hati anda teringin untuk mandi di pantai Pulau Besar dengan air yang jernih kehijauan serta melihat iakan-iakan yang berenang-beranang di tepian pantai.
Kerusi, Gazebo serta beberapa kayak yang diletakkan di pantai memang menjadikan pemandangan di sini sangat cantik menenangkan anda walau seharian. Ombak yang sederhana, pantai yang landai serta pemandangan yang masih lagi cantik, buatkan sesiapa sahaja akan leka bermain di sini.
Informasi dan Pakej Percutian Pulau Besar Mersing Johor
Hanya mengambil masa selama 30 minit perjalanan menggunakan bot laju, ia akan mengujakan sesiapa sahaja yang pernah sampai di Pulau Besar ini. Punyai tarikan tersendiri dan ia akan meninggalkan pengalaman percutian pulau dan pantai yang terbaik untuk anda. Harga untuk tambang bot laju pergi balik dari Jeti Mersing ialah RM90 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak.
Di sini, ada aktiviti sukan air, ada pilihan untuk berjemur matahari, berkayak, atau boleh untuk island hopping dan juga memancing jika mahu.
Untuk pakej bercuti di sini, biasanya akan termasuk dengan kos sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Jangan risau, ia semunya cukup dan berbaloi untuk anda cuba.