Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Indahnya Victoria Harbour Di Hong Kong

“Mesti singgah di Victoria Harbour di Hong Kong” kata member MrJocko bila tahu kami nak ke Hong Kong. Memang menarik lokasi di Victoria Harbour ini dan ia destinasi wajib korang singgah. “Banyak yang boleh kita enjoy kalau singgah di Victoria Harbour Di Hong Kong” tambahnya. 

Wah!!! Nampaknya memang kena pergi jugak ke Victoria Harbour sebab ramai yang memang memberikan positif feedback tentang lokasi ini.

Sedikit info tentang Victoria Harbour Hong Kong

Victoria Harbour adalah pelabuhan bentuk muka bumi semula jadi yang terletak di antara Pulau Hong Kong dan Kowloon di Hong Kong. pelabuhan dalam, perairan terlindung dan lokasi strategik di Laut China Selatan memainkan peranan penting dalam penubuhan Hong Kong sebagai sebuah tanah jajahan British dan pembangunan berikutnya sebagai pusat perdagangan.

Sepanjang sejarahnya, pelabuhan telah menyaksikan pelbagai projek penambakan dijalankan di kedua-dua pantai, ramai yang telah mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini. Isu alam sekitar telah disampaikan tentang kesan pengembangan ini, dari segi kualiti air dan kehilangan habitat semula jadi. Ia juga telah mencadangkan bahawa manfaat penambakan tanah mungkin kurang daripada kesan lebar pelabuhan menurun, memberi kesan kepada bilangan kapal yang melalui pelabuhan. Namun Victoria Harbour masih mengekalkan peranan penubuhannya sebagai pelabuhan untuk beribu-ribu kapal antarabangsa setiap tahun.

Pelabuah ini telah lama terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan. Tambah lagi, sejak dulu pelabuhan adalah satu tarikan utama pelancong ke Hong Kong. Berbaring di tengah-tengah kawasan bandar yang padat wilayah itu, pelabuhan adalah tapak pertunjukan bunga api tahunan dan kawasan pejalan kaki itu adalah tempat perhimpunan yang popular untuk pelancong dan penduduk.

 

Victoria-Harbour-Hong-Kong

 

 

Sebab itu, pada hari kedua di Hong Kong MrJocko ambil kesempatan untuk singgah di sini. Nasib baik, dari penginapan MrJocko di Nathan Road ke sini hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja dalam cuaca yang dingin. Setakat jalan selama 10 minit tidak terasa penatnya.

Tambah lagi, bila sampai di Victoria Harbour, melihat keindahan pancaran cahaya dan pantulan biasa dari air laut ditengah malam membuatkan terasa berbaloi sangat-sangat.

 

Victoria-Harbour-Hong-Kong Victoria Harbour Hong Kong 05

Victoria Harbour
Victoria Harbour Hong Kong

Victoria Harbour Hong Kong 08 Victoria Harbour Hong Kong

Victoria Harbour Hong Kong

 

Hampir setiap malam, dari pelantar Victoria Harbour, anda akan dapat melihat pancaran cahaya dari bangunan-bangunan tinggi di sebelah pulau sana. Ia memang menakjubkan dan akan dimulakan pada jam 8.00 malam dan juga 11.00 malam.

Untuk lebih pengalaman Hong Kong, lawati Discover Hong Kong.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.