• Wed. Oct 4th, 2023

Indonesia Buka Sempadan Bali Batam Dan Bintan Julai 2021

Pusat_Pelancongan_Bali_Indonesia copy

Indonesia Akan Buka Sempadan Bali, Batam Dan Bintan Julai 2021. Menurut sumber berita, Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan bahawa Kerajaan Indonesia akan membuka kembali pintu sempadan Pulai Bali, Batam dan Bintan pada bulan Julai nanti, sebagai “wilayah lokomotif” yang akan meningkatkan industri pelancongan di negara tersebut.

Namun beberapa SOP dan penyusunan tentang pembukaan sempadan ini masih belum jelas. Kami belum dapat makluman yang rasmi. Jadi, untuk informasi lanjut, boleh terus dapatkan dari laman berkaitan Imigresen Indonesia atau pihak berwajid di sana.

indonesia buka sempadan bali batam bintan

Sumber : NZHerald

Baca : Tempat Menarik Pelancongan Di Pulai Bali Indonesia

 


Indonesia Akan Buka Sempadan Bali Batam Dan Bintan Julai 2021

Pusat_Pelancongan_Bali_Indonesia copy
 

Kembali pada bulan Mac 2021, Menteri Pelancongan Indonesia Sandiaga Uno menjelaskan kepada media bahawa negara Australia akan berada di antara beberapa negara yang diharapkan dapat dimasukkan dalam “koridor bebas COVID.” Perkara serupa juga diperkatakan mengenai New Zealand.

Namun setakat ini, Australia masih lagi menjadi negara yang dilarang sehingga Pemerintah Persekutuan Indonesia mengumumkan maklumat terbaru.

Mengenai New Zealand, Indonesia mengalu-alukan menyambut negara Kiwi ini tetapi mereka perlu menghabiskan 14 hari kuarantin di kemudahan yang diluluskan oleh pemerintah ketika pulang ke rumah kerana ia hanya akan menjadi koridor perjalanan sehala.

Senarai negara-negara lain masih lagi belum dipastikan. Malaysia juga mungkin belum boleh mendapat kelulusan untuk masuk ke Indonesia berikutan kes Positif Covid-19 yang masih tinggi. Namun, untuk kepastian, kita tunggu senarai rasmi dari pihak Kerajaan Indonesia dan juga Tourism Indonesia.
 

Indonesia Akan Buka Sempadan Bali Batam Dan Bintan

Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Indonesia
 

Mungkin Bali akan kembali menjadi tumpuan dunia selepas sempadan dibuka. Sebab utama, kerana ia sejak dulu lagi menjadi pilihan pelancongan dunia dan mempunyai banyak destinasi pelancongan popular pilihan antarabangsa.

Pulau yang majoriti dipenuhi dengan penganut agama Hindu ini memang unik sejak dari dulu lagi dengan budaya yang tersendiri. Untuk pengalaman melihat dunia dari perspektif berbeza, Bali antara destinasi wajib lawat di Asia.

Kos perjalanan, penginapan, makanan dan juga aktiviti di Bali masih lagi agak murah berbanding dengan apa yang mereka sediakan. Oleh itu, jangan risau jika anda nak bercuti di Bali. Ia pulau yang mesra pelancong dan juga mesra Muslim.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Indonesia Buka Sempadan Bali Batam Dan Bintan Julai 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.