Site icon Travel Blogger Malaysia

Infinity Pool Di Belum Rainforest Resorts Yang Priceless

Pengalaman mandi di infinity pool adalah antara tarikan utama hotel dan resort terbaik seluruh dunia. Oleh itu, tidak keterlaluan jika MrJocko katakan di sini, ada Infinity Pool Di Belum Rainforest Resorts Yang Priceless. Bagaimana maksud priceless pada pandangan MrJocko? Ya, ia tidak ternilai dengan harga pengalaman bila berpeluang untuk mandi manda di sini.

Infinity Pool Di Belum Rainforest Resorts memang boleh diberikan 5 star rating jika diukur dengan kedudukan kolam mandi, view serta kesesuaiannya di resorts ini. Ia antara kolam mandi terbaik untuk MrJocko dan keluarga.

Infinity Pool Di Belum Rainforest Resorts Grik Perak

Infinity Pool Di Belum Rainforest Resorts Yang Priceless

 

Dari bilik kami, Azlanii menuju ke infinity pool ini tidak la jauh. Namun, anda boleh menggunakan khidmat buggy hotel yang disediakan untuk ke sini. Ia PERCUMA!.

Pihak resorts menyediakan kemudahan tuala, kerusi santai dan payung untuk kemudahan tetamu resort. Tidak perlu bawa tuala dari bilik dan pilihan kerusi juga agak banyak untuk kegunaan anda ketika mandi atau berjemur matahari.

Kedalaman kolam mandi juga agak sederhana dan bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak 12 tahun ke atas. Dalam erti kata lain, ia bukan kolam mandi yang membahayakan dan ia memang mudah akses dan di jaga sebaiknya untuk kemudahan pengunjung resorts.

Baca lagi kat sini http://www.mrjocko.com/tag/belum-rainforest-resort

 

 

Waktu sesuai untuk mandi di sini adalah waktu pagi dan juga sekitar jam 5.00 petang hingga ke masa matahari terbenam. Pemandangan sunset di sini agak menarik dengan landskap Tasik Banding yang menjadi latar belakang serta bukit bukau di Banjaran Titiwangsa ini memberikan effect tambahan.

Ia satu pengalaman baru untuk MrJocko dan anak-anak untuk menikmati waktu mandi terbaik sekeluarga. Ia antara priceless moment yang mungkin tidak akan dapat kami ulang sekali lagi, walaupun kami datang lagi ke sini, Belum Rainforest Resorts di Gerik.

Perlukan sesuatu yang baru dan lebih unik? Lokasi di Banjaran Titiwangsa dengan landskap Tasik Banding dan Royal Belum ini mesti anda singgah untuk pengalaman sekali seumur hidup, sekurang-kurangnya.

Maklumat lanjut di www.belumrainforestresorts.com

Exit mobile version