Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Info Roadblock Malaysia Terkini Ops Warta Jun 2014

Info Roadblock Malaysia Terkini Ops Warta Jun 2014. Ramai yang sebenarnya takut bila berhadapan dengan sekatan jalan raya. Tak kira samada memandu kereta atau menunggang motosikal, pasti akan ada rasa sedikit cuak jika terserempak dengan sekatan jalan raya. Walaupun semua cukup, kadangkala kita mungkin terlupa beberapa perkara asas. Betulkan.?

Mungkin lesen memandu telah tamat tempoh. Mungkin juga cukai jalan kenderaan dan insuran juga tamat tempoh. Paling ramai, risaukan akan no plet kenderaan yang tidak ikut spesifikasi pihak berwajib termasuk PDRM dan JPJ.

Baca : Jalan Sesak Dari Kechau Ke Kuala Krai

 


Info Roadblock Malaysia Terkini Ops Warta Jun 2014

Info Roadblock Terkini Malaysia Ops Warta Jun 2014
Info Roadblock Terkini Malaysia Ops Warta Jun 2014

 

Ops Warta 2014 sudah bermula pada 16 Jun 2014 yang lalu. Dengar khabar, pihak berwajib sedang aktif mencari pesalah trafik yang tegar dan mempunyai waran tangkap. 
 
Mungkin ramai yang sudah tak senang duduk bila pihak polis ini mengadakan sekatan jalanraya atau roadblock. Mereka hanya menjalankan tugas dan jika anda tak salah, anda tak perlu takut. Bagi yang nak dapatkan info tentang roadblock Ops Warta Jun 2014, jom kita kongsi lokasi-lokasi sekatan jalanraya untuk Ops Warta kali ini.
 
Info roadblock untuk Ops Warta 2014 ini bermula pukul 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Lokasi yang terlibat seperti : 
 
Jalan Pudu
Jalan Lok Yew
Jalan Ampang
Alam Damai
Jalan Cheras (berhampiran HUKM)
Kajang Silk
Plaza Tol Sungai Ramal
Sentul Pasar
Jalan Ipoh
Jalan Jinjang (menghala Kepong)
Batu Caves
Simpang Tiga Gombak
Setapak (berhampiran JPJ)
Jalan Shamelin
Lebuhraya Grand Saga (berhampiran The Mines)
Plaza Tol Sungai Besi (laluan motor arah utara dan selatan pukul 4 petang bermula)
Jalan Kolam Air Panas
Jalan Semarak
Plaza Tol DUKE
Keramat
Jalan Hang Tuah
Jalan Bangsar (bawah LRT Bangsar)
 
Operasi bagi memburu pesalah traffik yang ada waran tangkap Dan saman tertunggak. Ops Warta juga akan memeriksa orang awam yang tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh serta menggesan kenderaan curi dan ubah suai kenderaan.

 

Info Roadblock Malaysia Terkini Ops Warta Jun 2014 Cut And Paste
Harap maklum 🙂

Layari laman Facebook Polis DiRaja Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.