Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Info Semasa Taman Awam DBKL DiBuka Masa PKP 2021

Mungkin ini berita yang sedikit menggembirakan warga kota seperti saya, bahawa taman tasik sekitar Kuala Lumpur akan dibuka untuk orang awam. Ini berdasarkan Info Semasa Taman Awam DBKL DiBuka Masa PKP 2021, melalui laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diumumkan hari ini. Ia akan mula dibuka pada 15 Januari 2021.

Walaupun pada permulaan PKP Mac 2020, warga kota langsung tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan yang penting dan dibenarkan, kali ini nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan 2021 agak longgar sedikit dengan beberapa kebenaran yang membolehkan banyak sektor ekonomi boleh beroperasi.

Baca : Pengumuman PKP di Malaysia

 


Info Semasa Taman Awam DBKL DiBuka Masa PKP 2021

Taman Awam DBKL DiBuka Masa PKP 2021 3

Taman Awam DBKL DiBuka Masa PKP 2021

Sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Facebook
 

Kalau mengikut dari pengumuman ini, nampaknya warga kota boleh menjalankan aktiviti beriadah seperti berjalan kaki, berlari atau berbasikal dengan mengikut SOP ketat yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.

Apa yang kami faham, arahan ini jelas memberitahu bahawa aktiviti berseorangan sahaja yang dibenarkan, tiada pergerakkan aktiviti secara berkumpulan, fasiliti awam di dalam taman masih tidak lagi dibuka kepada orang awam kecuali penggunaan tandas awam dan juga penekanan pihak DBKL tentang pematuhan SOP ketika berada di kawasan ini.

Paling penting, jika anda ke sini, pastikan anda menggunakan Aplikasi MySejahtera untuk mendaftar lokasi anda supaya mudah untuk direkodkan untuk kegunaan kemudian hari.
 

Taman Awam DBKL DiBuka Masa PKP 2021 2

Oleh yang demikian, jika anda merancang untuk ke taman-taman awam seliaan DBKL, pastikan adan mengikuti SOP yang dikenakan supaya ia memudahkan semua pihak dan tidak dikenakan saman oleh pihak berwajib.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.