Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah Samsung

Pertama kali melihat telefon pintar terbaru Samsung, saya sudah jatuh hati. Sebelum ini, saya pernah memiliki telefon pintar Communicator dan kini, model Fold3 ini pastikan jauh lebih menarik dari model sebelum ini. Untuk mereka yang memerlukan penguasaan telefon pintar secara maksima, ini untuk anda, Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah dari Samsung.

Bab baru telah dibuka dalam perjalanan teknologi inovasi Samsung. Berdasarkan ciri-ciri inovatif model terdahulu, Galaxy Z Fold3 5G membawa pengalaman smartphone yang boleh dilipat ke tahap berikutnya.

Baca : Mana Lebih Cantik Galaxy Fold3 Atau Galaxy Flip3

Infografik Galaxy Z Fold3 5G

Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah Samsung

Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah Samsung copy
 

Model ini menampilkan Infinity Flex Display 7.6 inci yang mengasyikkan. Galaxy Z Fold3 adalah pusat kuasa multitasking sejati dengan prestasi yang tiada tandingannya. Dengan teknologi kamera paparan bawah, pemiliknya kini dapat menikmati pengalaman menonton tanpa gangguan. Kepuasan sepenuhnya dalam kandungan gambar atau video kegemaran anda.

Tambahan pula, untuk model ini buat pertama kalinya, Samsung membawa pengalaman S Pen ke telefon pintar yang boleh dilipat. Ya! Telefon Galaxy Z Fold3 hadir dengan S Pen.

Dengan menggabungkan S Pen kegemaran peminat Samsung dengan paparan luas dan fungsi yang diaktifkan oleh mod Flex, Z Fold3 memberikan cara baru bagi pengguna untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti mereka.

Kerangka model ini dibina dengan Armor Aluminium dan dilengkapi dengan ketahanan air IPX8, Z Fold3 menyatukan inovasi Samsung yang terbaik untuk memberikan pengalaman mudah alih tidak seperti yang lain.

Lihat infografik untuk mengetahui lebih lanjut.

Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah Samsung 2

Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah Samsung 3

Infografik Galaxy Z Fold3 5G Telefon Pintar Mewah Samsung 4
 

Soalan pertama yang saya tanya untuk model ini, bagaimana skrin yang boleh dilipat ini boleh berfungsi? Adakah ia stabil? Adakah ia senang rosak, kerana pengguna akan sentiasa membuka dan menutup skrin ini hampir setiap masa bila mereka menggunakannya?

Pastinya ada juga akan tertanya-tanya. Namun, dengan teknologi paling terkini dengan garapan binaan yang kemas. sekali lihat ramai sudah tahu, setakat tahun 2021, ini adalah peranti, telefon pintar yang terbaik pernah dicipta dalam sejarah teknologi telefon mudah alih dunia. Syabas kepada Samsung dan pasukannya.

Walaupun ia dicipta untuk dilipat, tetapi kualiti skrin Fold3 ternyata masih mengekalkan kualiti resolusi terbaik dengan Dynamic AMOLED yang sangat jelas. Dengan paparan 6.2 inci x 2 display, bayangkan kepuasan anda menggunakan smartphone yang mempunyai skirin yang besar ini. Awesome!

Pastinya ramai yang menantikan pre-order untuk Samsung Galaxy Z Folf3 dan Galaxy Z Flip3 bermula 19 Ogos hingga 21 September 2021. Dapatkan harga promosi dan hadiah tambahan percuma dengan setiap pesanan sehingga stok masih ada di Samsung Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.