• Wed. Oct 4th, 2023

Insentif RM500 Untuk Pelabur Private Retirement Scheme

Screenshot_2014-06-20-09-25-09-1-735032

Private Retirement Scheme PRS

Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa Kerajaan sudah beberapa tahun melancarkan Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) untuk simpanan dan pelaburan untuk kegunaan di hari tua anda. Ia inisitif kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyimpan dan melabur dalam dana yang terbaik untuk pulangan untung setiap tahun.

 

Apa dia Skim PRS?

Skim PRS ini terbuka kepada semua dan ia sememangnya terbaik untuk mereka yang tidak pernah punyai akaun EPF atau KWSP. Ia mempunyai konsep yang hampir sama dengan EPF tetapi ia lebih flexible dengan beberapa ciri seperti :

 

1. Simpanan minima RM1,000 untuk buka akaun.

2. Simpanan tambahan serendah RM100

3. Anda boleh menyimpan setiap hari atau setiap bulan bergantung kepada bajet anda.

4. Anda boleh menengeluarkan caruman tersebut dalam masa beberapa tahun untuk tujuan tertentu tetapi mengikut jumlah % yang dibenarkan.

5. Anda berpeluang menerima potongan Income Tax sehingga RM3,000 setiap tahun. (Banyak tu RM3,000 untuk pengecualian cukai pendapatan dalan setahun).

6. Jika anda berumur 20-30 tahun anda layak menerima insentif tambahan RM500 ke dalam akaun PRS anda, sekali sahaja untuk tempoh masa tahun 2014 hingga 2018.

 

Banyak lagi infor menarik tentang PRS ini dan anda boleh baca lebih lanjut di laman web PRS.

 

Apa lagi, simpan lah sekarang untuk hari tua dan insentif percuma RM500 untuk simpanan PRS ini. Berminat boleh hubungi saya sebagai Agent PRS yang bertauliah.

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.