Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia Di Red Q Sepang

Andai anda seorang yang ingin berkerja dan bercuti percuma selama tempoh kerjaya anda, ini peluang anda. AirAsia akan membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara untuk hadir ke pejabat mereka di RedQuartes Sepang untuk menghadiri sesi pemilihan cabin crew yang baharu. Berita untuk adik-adik yang nak cari kerja, nak tukar kerjaya atau bersama dengan antara syarikat terbaik di Malaysia, ini panggilan Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia Di Red Q Sepang.

Secara umum, apa yang kami tahu, terma Cabin Crew ini adalah nama yang lebih urban untuk jawatan Pramugari dan Pramugara disyarikat penerbangan. Di awal zaman-zaman kami mula naik kapal terbang tahun 2000, kami selesa panggil mereka sebagai Pramugari dan Pramugara. Kini, mereka lebih dikenali dengan nama Cabin Crew.

Baca: Pramugari AirAsia

Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia

 


Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia 2023

Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia Di Red Q Sepang

Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia Di Red Q Sepang
 

Bidang kerjaya Cabin Crew antara bidang yang ramai menarik minat anak-anak muda zaman sekarang. Apakan tidak, kerjaya ini nampak lebih urban, lebih popular, lebih elegan dan gah berbanding kerjaya biasa yang lain dengan keperluan minima pemohon hanyalah SPM. Namun, kerjaya ini menawarkan kenaikkan taraf kerjaya yang lebih baik sekiranya mereka konsisten disiplin dalam bidang ini.

Untuk adik-adik yang memang berminat untuk mencuba hadiri temuduga ini, sila bersedia dengan sedikit ilmu Cabin Crew sebagai persiapan asas. Datang dulu untuk temuduga dan mungkin anda akan menjadi sebahagian dari keluarga besar AirAsia Malaysia.

Tarikh : 19 Ogos 2023, Sabtu
Waktu Pendaftaran : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat : AirAsia Red Q Office, Lapangan Terbang Kuala Lumpur,
64000 KLIA, Sepang, Selangor.

Keperluan Yang Perlu DiBawa

1. Curriculum Vitae Terkini
2. Salinan Kad Pengenalan atau Passport Yang Sah Tempoh (Jika Bukan Warganegara)
3. Headshot & Gambar Penuh Pemohon
4. Sijil Vaksinasi
5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
 

Temuduga Interview Cabin Crew AirAsia Di Red Q Sepang

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa tugas-tugas seorang Cabin Crew?

Secara amnya, mereka bertugas di dalam penerbangan untuk memastikan penumpang selesa, gembira dan selamat. Ini termasuk menguruskan susun duduk penumpang, menghidangkan makanan dan minuman dan sudah tentu menjawab soalan daripada penumpang. Bertanggungjawab melalui semua prosedur keselamatan sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Bahagian penting menjadi Cabin Crew adalah bekerja dengan waktu syif yang tidak teratur.

Good Luck semua.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.