Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 Malaysia

Malam ini ramai yang menantikan akan pengumuman penting dan Bantuan PKP 3.0 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan perlaksanaan PKP 3.0 bermula 1 – 14 Jun 2021. Sama-sama kita lihat apa agaknya yang akan disampaikan dalam Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 Malaysia, bantuan khas untuk rakyat.

Sudah pasti dengan pandemik yang melebihi satu tahun ini, memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Paling ketara, mereka yang yang dibuang kerja, tidak boleh kerja akibat PKP dan juga kesan beban dari domino perlaksanaan ini. Ramai yang terkesan, paling ketara seluruh dunia, mereka yang dari sektor Pelancongan, hampir 99% terpaksa menutup perniagaan atau kerja mereka sejak 18 Mar 2020.

bantuan pkp 3.0 malaysia

Baca : Bantuan Prihatin Nasional Oleh Kerajaan Malaysia

 


Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 Malaysia

Perutusan-Khas-Perdana-Menteri-PKP-3.0-Malaysia copy
 

Sudah pasti banyak yang rakyat minta dari kerajaan, namun agak mustahil untuk semua kemahuan rakyat dipenuhi. Setidak-tidaknya, bantuan PKP 3.0 tahun 2021 ini akan meringankan sedikit beban rakyat akibat Covid-19.

Antara intipati utama yang menjadi tumpuan dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah :

1. Isi Rumah Bawah RM2,500 Terima BPR Tambahan RM500, Isi Rumah RM2,501- RM5,000 Terima RM300 & Bujang RM100

2. Penambahan sebanyak RM500 lagi untuk penerima Geran Khas Prihatin, menjadikannya RM1500 akan dibayar pada Jun dan Julai 2021

Bantuan Khas PKP 3.0 Geran Khas Prihatin

3. Moratorium untuk mereka yang terjejas dengan pilihan kelulusan automatik selama 3 bulan ATAU pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

4. Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi diperkenal bagi membolehkan pengusaha bas dan teksi yang layak untuk mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan

5. Dana Pinjaman untuk PKS yang terkesan oleh Institusi Kewangan Terpilih

6. Bantuan Khas one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, bas persiaran serta kereta sewa dan e-hailing. Pembayaran akan bermula pada Julai 2021.

bantuan khas PKP 3.0 Malaysia 2021
Bantuan Khas One-Off Kepada Pemandu Pelancong, pemandu Teksi, Bas Sekolah.

7. Kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus kepada sektor yang terjejas akibat penularan COVID-19.

8. Pertambahan peruntukan ini adalah komitmen Kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.

9. Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan. Kesemua wang gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayaai perbelanjaan berkaitan #COVID19

10. Subsidi Upah, Lanjutan inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.

Semoga perlaksanaan PKP 3.0 Full Lockdown kali ini akan berhasil dan memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Malaysia. Aminnn.

Terima kasih Kerajaan untuk Bantuan PKP 3.0 Malaysia ini. Kita akan terus jaga kita sesama rakyat, supaya pandemik ini hilang, agar kita semua kembali dapat ke sana ke sini di dalam negara tercinta Malaysia.

Jangan langgar SOP ya, nanti kena saman…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.