Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Iron Man 3 : My Way MrJocko Way

Akhirnya, filem aksi superhero Iron Man 3 yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan di pawagam pada 25 April 2013 nanti. Tak sabar nak melihat sequel atau cerita terbaru Iron Man 3 selepas cerita Iron Man dan Iron Man 2 yang lepas.
 
Dari segi costume baru Iron Man 3 nampaknya ada perubahan sedikit dari segi warna. Itu yang paling ‘obvious’. Apa kata kalau kita tambah ‘features’ kat Iron Man 3 ni supaya lagi hebat, lagi praktikal dan lagi selamat.
 
 
 
 
 
Untuk power, MrJocko cadangkan kita letak ‘Missile’. Saiz besar punya yang mana, ia mesti sehebat peluru berpandu seperti yang pernah di gunakan oleh Amerika Syarikat iaitu Patriot. Sekali tembak biar hancur lebur musuh yang ada.
 
 
 
 
Bagaimana kiranya kalau keupayaan Iron Man 3 untuk terbang tiba-tiba rosak? Bagaimana dia nak ke destinasi dengan cepat? Maka, kita tambah roda supaya ia boleh digunakan oleh Iron Man di waktu kecemasan. Boleh cilok mencilok lagi seperti Mat Rempit kalau jalan jem.
 
 
 
 
Dan akhir sekali, untuk keselamatan, kita lengkapkan Iron Man dengan payung terjun. Pernah lihatkan banyak kali Iron Man terjatuh dari ketinggian akibat kegagalan kuasa untuk terbang. Jadi, payung terjun ini sesuai supaya ia tidak mencederakan Iron Man sekiranya jatuh dari tempat yang tinggi. Jimat lagi,,, tak payah nak repair banyak kali akibat dari kerosakan jatuh dari tempat tinggi.
 
 
 
 
 
 
Akhirnya, lengkaplah model costume baru MrJocko untuk penambahbaikan untuk superhero Iron Man. Ia dicipta untuk kekuatan bertarung, kecepatan Iron Man dan juga keselamatan supaya Iron Man sentiasa bersedia untuk melawan musuh.
 
Apa pula ciptaan Iron Man 3 anda??? Boleh semak di Iron Man 3 : My Way, kalau anda mahu 🙂
 
Updated – Lupa pulak nak bagi nama pada features terbaru kat Iron Man ciptaan MrJocko ni. Ermmm,,, kalau letak nama “Iron Man Go Go Gadget” okay tak???

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.