Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Istana Maimun Medan Sejarah Istana Terakhir Di Medan Indonesia

Melancong ke Medan Indonesia sememangnya terkenal dikalangan orang Malaysia sejak awal tahun 1980-an lagi. Sejak dulu, ramai orang Malaysia ke Medan untuk menikmati keindahan alam, khususnya keindahan Danau Toba dan sejarah lama Kesultanan Melayu Deli di sana. Ini sedikit info tentang Istana Maimun Medan Sejarah Istana Terakhir Di Medan Indonesia.

Ada banyak kisah yang boleh kita ambil di Medan. Lebih-lebih lagi sejarah detik-detik terakhir Sejarah Kesultanan Melayu Deli di Medan, Indonesia sebelum ia menjadi sebuah negara Republik.

Istana Maimun Medan Sejarah Istana Terakhir Di Medan Indonesia

Istana Maimum Sejarah Istana Terakhir Di Medan Indonesia

 

Sebagai info kepada korang, bangunan Istana Maimun ini adalah sebuah bangunan peninggalan sejarah semasa adanya Kerajaan Melayu, diberi nama Sultan Deli ke-IX iaitu Sultan Ma”moen Al Rasyid Perkasa Alamsyah (Maimun). Bangunan Istana ini mula dibina pada tarikh 26 Ogos 1888 dan siap selama 3 tahun kemudian. Ia kemudian dirasmikan pada tanggal 18 Mei 1891.

Bangunan ini dibina begitu kukuh dan megah. Direka oleh arkitek asal negara Itali yang bernama Ferari. Menariknya Istana Maimun punyai konsep “architecture” yang unik, cantik dan memiliki karakter unsur tradisiononal khas Indonesia dengan sentuhan Melayu. Binaan istana ini baik bentuk maupun dekorasinya dipengaruhi oleh pelbagai budaya campuran antara lain Melayu, Islam, Spanyol, China, India dan Itali. Memenuhi ciri-ciri Sultan, bangunan ini didominasi dengan warna kuning keemasan yang menjadi identiti Raja Melayu.

 

Istana Maimun Medan Istana Maimum Sejarah Istana Terakhir Di Medan Indonesia

 

Istana Maimun ini terletak di Kelurahan Sukaraja kecamatan Medan Maimun Jalan Brigjen Katamso daerah Kota Medan Sumatera Utara, Indonesia.

Ia didirikan diatas tanah seluas 2.772 m2 persegi dengan dua tingkat yang memiliki luasnya 772 m2 dan mempunyai sebanyak 30 bilik (kamar) yang didalamnya terdapat pelbagai rekaan perabut gaya Eropah.

 

Istana Maimun Medan
Sultan Deli Ke-X

Istana Maimun Medan

 

Bangunan dua tingkat ini ada tiga ruangan berbeza iaitu Ruang Utama, Sayap Kanan dan Sayap Kiri. Ruang Utama atau ruangan induk disebut sebagai Balairung Sri yang luasnya digunakan untuk acara-acara adat kerajaan, menerima tamu ataupun acara penobatan Rasmi bagi Sultan Deli.

Ada yang berpendapat, bahawa Kurva Istana Maimun yang berbentuk seperti kapal terbalik atau yang kerap dikenal dengan Persia Curve yang sering dijumpai pada bangunan di kawasan Timur Tengah, India, atau Turki.

 

istana_maimun_medan istana_maimun_medan

 

Bayaran masuk ke Istana Maimun Medan ini cuma IDR5,000 (MYR1.60) sahaja untuk seorang. Kanak-kanak masuk Percuma. Kalau nak sewa pakaian Tradisional DiRaja Kesultanan Melayu Deli, korang boleh sewa dengan harga serendah IDR20,000 (MYR6). Korang boleh bergambar sepanjang hari di sekitar Istana ataupun di hadapan Singgahsana Balairung Sri Istana Maimun.

Selain dari itu, ada pilihan untuk membeli cenderahati, bergambar dan cetakan segera dan juga beberapa aksesori untuk kenangan di Istana Maimun Medan.

Baca lagi tentang Medan di Blog MrJocko http://www.mrjocko.com/tag/medan

istana_maimun_medan istana_maimun_medan

 

Kawasan Istana Maimun masih lagi dijaga dengan elok. Rasanya, ia antara lokasi Tempat Menarik di Medan Indonesia yang boleh korang lawati kalau berkunjung ke Sumatera Utara. 

Untuk info tambahan tentang Istana Maimun Medan, boleh layari laman web Wikipedia Istana Maimun https://id.wikipedia.org/wiki/Istana_Maimun

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.