Isu Boikot Lowyat Cukup Kuat Ke Kita Untuk Boikot?
|Boikot Lowyat #BoikotLowyat antara yang trending di Malaysia minggu lepas. Sejak beberapa hari lepas, ada banyak versi isu Gaduh di Plaza Lowyat ini. Antara yang MrJocko faham :
1. Isu mula timbul bila mula-mula ada yang kata Pembeli di Tipu oleh Penjual Outlet OPPO di Lowyat. Katanya pembeli tidak puas hati akibat rasa ditipu kerana membeli smartphone OPPO Tiruan. Kerana tidak puas hati, pembeli ambil smartphone dan bawa lari. Pembeli di tangkap dan diserahkan ke Balai Polis, tetapi selepas itu di bebaskan. Malam hari pembeli bawa rakan dan bergaduh di outlet OPPO Lowyat.
2. Kemudian ada versi cerita gaduh di Lowyat bila ada pihak mengatakan bahawa kes Kecurian Smartphone di Plaza Lowyat. Pencuri dikatakan mencuri smartphone dan ditangkap serta dibawa ke balai polis.
So, nampaknya, tak boleh nak salahkan OPPO, tidak boleh salahkan lokasi, tetapi ia lebih kepada perangai manusia sendiri.
UPDATED 13 Julai 2013 Jam 6.00 pm
PDRM Sahkan Kes Gaduh di Plaza Lowyat disebabkan Kes Kecurian
Sehingga ke hari ini, MrJocko sendiri tidak tahu tentang kebenaran sebenar dan rasanya pihak polis lagi berhak untuk membuat penjelasan tentang isu gaduh dan kacau bilau di Plaza Lowyat ini. Banyak sangat info Kes Gaduh Lowyat yang di tokok tambah
Sekarang, timbul isu untuk Boikot Lowyat kerana katanya banyak salahlaku salesman, penjual atau syarikat di Lowyat menjual produk tiruan atau penipuan yang berleluasa. Sejauh mana kebenarannya, secara peribadi, MrJocko pernah terkena 2 kali ketika berursan membeli Smartphone Lenovo dan juga Apple 4S. Memang ada peniaga telefon smartphone di Lowyat memang licik memperdayakan pembeli.
Isu Boikot Lowyat – Cukup Kuat Ke Kita Untuk Boikot?
Cukup kuat ke kita kalau nak boikot dari membeli barangan di Plaza Lowyat. Sedangkan ramai yang tahu, bukan Lowyat sahaja yang ada masalah penipuan pembeli seperti ini. Pertama Kompleks dan Digital Mall PJ juga ada isu yang sama.
Kalau tak nak beli produk yang banyak pilihan di Lowyat, di mana kita nak dapatkan produk-produk tersebut??? Di Lowyat pun tak silap ada juga kedai-kedai yang dipunyai oleh orang Melayu. Betul ke?
MrJocko sendiri memang kalau nak beli barangan seperti Komputer, gadget, aksesori komputer dan berkaitan dengan nya sudah pasti terlintas nak ke Plaza Lowyat. Memang susah nak elak sebab di sana boleh dikatakan One Stop Centre kepada jualan produk komputer, gadget, aksesori dan juga smartphone.
Ada beberapa entry MrJocko tentang pembelian barangan di Plaza Lowyat. Boleh baca di sini —> Beli Portable Hard Disk dan Upgrade Memori Kad di Plaza Lowyat
Boikot Lowyat Bukan Isu Perkauman
Betul kata orang ramai supaya hentikan isu Perkauman dalam kes gaduh di Lowyat. Kebetulan yang terlibat adalah Kaum Melayu dan Kaum Cina. Semua kena ingat, orang Melayu pun ramai yang penipu, orang cina pun ada yang menipu. Jangan apikan isu perkauman kerana ini lebih kepada isu Jenayah.
Kalau nak #BoikotLowyat atas dasar protes banyak penipuan penjualan barangan Tiruan dan Penipuan MrJocko sokong.
Produk Tiruan Sebagai Salah Satu Tarikan Pelancong ke Malaysia?
Sebagai seorang yang pernah travel ke Indonesia, Thailand, Taiwan, Korea, Jepun dan juga Australia, isu barangan Tiruan di Malaysia antara isu yang besar dan perlu pengawasan lebih ketat dari pihak terbabit, khasnya KPDNKK.
Banyak kali MrJocko bertukar pendapat dan ramai rakan pelancong asing berkata, salahsatu tarikan mereka ke Malaysia, kerana produk tiruan, seperti Pakaian, Jam, dan macam-macam lagi.
Jika ke Taiwan, Korea, Jepun serta Australia, mereka memang bertegas dengan penjualan produk-produk tiruan. Berbanding di Malaysia, MrJocko rasa anda pasti setuju di kiri kanan kita banyak dijual produk tiruan, samada Gred A, Gred AA atau Gred AAA yang mempunyai kualiti hampir sama dengan original.
Sekali lagi, untuk boikot satu-satu produk bukan senang. Namun usaha untuk memboikot produk-produk tiruan dan penipuan seperti ini MrJocko SOKONG 100%. Walaupun bukan senang, tetapi jika kita berterusan ia akan mungkin memberi kesan.
Peranan Pihak Penguatkuasa
Paling penting, pihak berkaitan mesti berkerja keras untuk memastikan produk tiruan tidak berada di dalam market Malaysia tanpa pengawasan yang ketat. Kalau produk tiruan tidak masuk ke Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh membelinya. Dan jika ada produk tiruan yang di buat di Malaysia, hukuman yang lebih keras perlu dilaksanakan untuk memastikan peniaga lain mengambil kesempatan yang sama menjual produk tiruan.
Memang kita di Malaysia banyak mengharapkan produk tiruan tetapi, jika produk original dijual dengan harga mampu milik, rasanya orang Malaysia sendiri tidak mahu menggunakan produk tiruan.
salam..secara jujur sy menyampah tengok anak2 muda melayu skg..b’lagak samseng mcm xde masa depan..umur muda tp binasakan diri dgn cara mcm ni..macam ni la agaknye bila hidup dlm comfort zone..xde masalah cari pasal..mmg isu kat sini pasal penipuan..tp skg dh libatkan isu perkauman pulak..kt media sosial rmai nk back up kaum masing2..nak ke kalo sejarah 13 mei b’ulang??ini yg plg sy bimbang.. sy juga x menyebelahi kaum lain..sy sendiri melayu tp sy x setuju dgn anak melayu yg bertindak bodoh macam tu..sgt memalukan kaum melayu..hal tu boleh diselasaikan dgn cara baik sebenarnya..dh ramai kena tipu..bukan budak tu yg 1st..mmg akal budak tu pendek..dh tau x ori pegi la buat report kt pihak b’wajib/tribunal pengguna dll..knape mesti tunjuk samseng??isu boikot low yat tu setakat hangat taik ayam je..anak2 muda skg mana blh dipisahkan dgn gadjet..pulak tu yg pegang bisnes gadget rmai cina..melayu xrmai & rmai x brani amik risiko buat bisnes camni..kalo betul2 nk boikot boleh,tp dgn syarat lebih rmai melayu kena buke & monopoli bisnes ni instead of selesa mkn gaji & duk dlm air cond & kerusi empuk..