Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Isu Botol Susu BPA FREE Untuk Kanak-Kanak

Semalam aku tengok berita kat TV, baru perasan pasal isu botol susu BPA ni. Kerajaan sudah mengharamkan penggunaan Botol Susu BPA ni pada 1 Mac 2012. Mulai sekarang, tiada produk botol susu BPA ni akan dijual di pasaran. Semua akan di ganti kepada botol susu anti BPA atau BPA-Free. Ini antara yang terkandung dalam Isu Botol Susu BPA FREE Untuk Kanak-Kanak.
Katanya, banyak keburukan bila bayi atau kanak-kanak menggunakan botol susu BPA ni. Sebab itu la botol susu BPA ni diharamkan. Untuk bezakan botol susu BPA dengan botol susu BPA Free, senang sahaja. Selalunya botol susu BPA jernih dan boleh dilihat menerusinya. Kalau yang BPA Free, botol susu di buat dan tidak sejernih botol susu BPA.
Pun begitu, kalau korang sudah beli banyak botol susu BPA, aku rasa boleh lagi di gunakan tetapi kena ikut la cara-cara seperti di bawah,,,
• Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
• Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
• Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
• Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
• Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
• Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan
botol susu anti BPA atau BPA-Free
Kiri BPA FREE dan Kanan ada BPA
isu botol BPA Free
Antara produk Botol Susu BPA Free yang ada si pasaran sekarang, korang boleh cuba beli jenama Philips Avent Malaysia, MAM, Safety Plus, Bumble Bee dan juga Pigeon. Harga botol susu BPA Free ni memang la mahal dari botol susu biasa, tetapi berbaloi.
Oleh kerana anak-anak aku pun masih menyusu botol, kena take care jugak la isu-isu cam ni.

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.