Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Isu Cermin Gelap JPJ Berapa Kadar Peratusan Ketelusan Cahaya

Isu Cermin Gelap JPJ Berapa Kadar Peratusan Ketelusan Cahaya. Ramai yang dah mula tak senang duduk bila dengar berita yang pihak JPJ akan menguatkuasakan undang-undang secara tegas kepada kenderaan yang menggunakan cermin gelap. Khabarnya kadar saman maksima RM300 akan dikenakan pada yang ingkar. Isu cermin kereta yang gelap dan tak ikut spesifikasi JPJ sudah mula panas.

Ramai yang bertanya, berapa peratus (%) kadar ketelusan cahaya cermin gelap yang dibenarkan oleh pihak JPJ???

Isu Cermin Gelap JPJ

Isu Cermin Gelap JPJ Berapa Kadar Peratusan Ketelusan Cahaya
Pengarah JPJ memeriksa tinted kereta

 

Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%. 

 

Isu Cermin Gelap JPJ Berapa Kadar Peratusan Ketelusan Cahaya

 

Isu Cermin Gelap JPJ

Harus diingat bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:

1.JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.

2.Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.

3.Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.

4.Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.

Oleh itu, pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Kepada pihak JPJ pula, harap boleh semak balik peraturan cermin gelap ini. Sebabnya, ramai yang guna tinted gelap bukan semata-mata kerana nak bergaya, tetapi sebab cuaca yang panas dan sinaran UV yang merbahaya kepada semua termasuk kanak-kanak. MrJocko yakin, staff JPJ sendiri tak suka kalau duduk dalam kereta yang panas???

Pernah baca entry pasal Kereta Peronda JPJ di bakar di Setaiawan Perak http://www.mrjocko.com/2013/01/kereta-peronda-jpj-di-bakar.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.