Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Isu Produk RAMLY Frankfurter Lembu Ada DNA Khinzir – Latest

Semalam aku dapat email dari mana entah. Kiranya ia semacam email berantai la. Cerita pasal produk Ramly Burger ni, satu jenama makanan yang agak popular di Malaysia, jenis RAMLY Frankfurter Lembu ( Sosej) ada DNA Khinzir.

Kononnya ada surat semua dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan beserta dengan lampiran skali, mengatakan sesuatu yang tidak elok tentang produk ini. Wah!!! Terkejut gak aku. Betul ker??? Dah lama selalu makan burger dan hotdog Ramly.

Hari ni, ekoran dari berita yang viral dan kisah yang tersebar ini, wakil dari pihak Ramly Burger sendiri tampil dengan penafian sekeras-kerasnya. Dato Ramly sendiri, sebagai pemilik dan tuan punya jenama dan syariakt Ramly Burger menulis dan menegaskan hal sebenar. Boleh tengok attachment yang ada.
Dari segi logik pun, takkan la Ramly nak letak benda haram dalam makanan orang Islam. Dia pun Islam jugak. Atau ini adalah satu cara pesaing Ramly Burger nak jatuhkan produk RAMLY ???

Ini pula salinan report polis yang di buat untuk membolehkan pihak terbabit menjalankan siasatan. Bila aku google, lama blog yang tertulis tu, www.dralily.blogspot.com sudah tiada. Yang ada hanya ini,,, blog yang sama kah??? Kalau tak sama, blog lain la kot…

Jadi, aku nak ingatkan aku dan kawan-kawan blogger, berhati-hati bila menulis sesuatu cerita. Sebab, sesetengah cerita yang tidak betul atau fitnah akan memberikan kesan buruk kepada orang yang kena tuduh.

Kalau mereka buat urusan perniagaan, kerana berita palsu yang kita sebarkan, mungkin perniagaan mereka merosot dan rugi. Ia sangat menyusahkan mereka dan keluarga mereka. Impak kepada berita yang tidak betul akan memburukkan keadaan orang lain.

Kalau terbukti penulis buat cerita palsu dan fitnah, nanti kena saman sia-sia jer. Konon nak dapat hits banyak, dapat Nuffnang points, sekali kena saman juta-juta, baru tau…

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.