Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Isu Sijil Halal Secret Recipe Di Tarik Balik Oleh JAKIM Betul Ke?

Sudah beberapa hari mendengar berita tentang isu Sijil Halal syarikat Secret Recipe  telah ditarik balik oleh pihak JAKIM Malaysia dan sesuatu yang menggemparkan ramai, terutamanya masyarakat Muslim di Malaysia. Isu JAKIM dan Secret Recipe ni betul ke?

Sememangnya ada ramai peminat menu makanan di Secret Recipe Malaysia, tak kira lah menu masakan untuk makan tengahari, minum petang atau makan malam, ramai yang suka makan di Secret Recipe.

Tapi bila timbul isu panas, isu Sijil Halal Secret Recipe di tarik balik oleh JAKIM, ia seakan menjadi tamparan hebat buat pengguna yang selalu makan di Secret Recipe dan juga semestinya syarikat Secret Recipe itu sendiri.

Sila semak di sini —> http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/direktori-halal

logo_halal_jakim_0

isu_halal_secret_recipe_01

Apakah isu sebenar disebalik dari penarikkan status halal Secret Recipe ini, mungkin kita belum ketahui. Oleh sebab itu, sebaiknya kita menunggu cerita yang sebenar dan penjelasan dari kedua-dua belah pihak sebelum menuding jari kepada mana-mana pihak, samada Secret Recipe atau JAKIM.

Sememangnya syarat dari pihak JAKIM memang ketat untuk memastikan produk yang di sahkan Halal sentiasa Halal selamanya. Namun, syarikat juga bila mendapat sijil Halal JAKIM, mereka juga sebaiknya menjaga produk mereka supaya kekal Halal untuk kredibiliti dan kepercayaan pelanggan kepada mereka.

Setakat ini menurut carian direktori Halal di laman web Halal.gov.my sememangnya status Halal Secret Recipe telah ditarik balik. Cuma kita sebagai pengguna masih belum mengetahui kisah sebenar. Produk Secret Recipe yang mana satu yang tercemar dengan benda yang tak halal, atau ia cuma tarik balik untuk sementara waktu? Atau, ada banyak kemungkinan lain.

Sebaiknya kita tidak memburukkan keadaan lagi dengan memberi sangkaan atau tanggapan yang tidak betul dan biarkan pihak berkuasa, JAKIM dan syarikat Secret Recipe menyelesaikan masalah isu halal ini dengan secepat mungkin.

MrJocko pun sesekali pernah makan di Secret Recipe dan suka menu Pasta di sini. Harap akan ada penjelasan yang terang dan jelas dari kedua-dua belah pihak iaitu JAKIM dan Secret Recipe tentang penarikan status Halal Secret Recipe pada tarikh Mei 2015. Kami sebagai pengguna Muslim memang menyokong produk Halal dan Toyyiban.

MrJocko selalu juga travel ke Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Australia dan di negara bukan Muslim ini juga ada juga isu Halal dan Tidak Halal. Namum, kebiasaannya, pihak Agama Islam di negara berkenaan membuat beberapa syarat atau cara untuk kemudahan orang Islam untuk makan, jika melancong ke negara mereka. 

Sebagai contoh, di Taiwan, mereka men’klasifikasi’kan makanan untuk Muslim kepada :

1. Haram : Makanan yang bukan dari sumber halal dan seumpamanya

2. Muslim Friendly Food : Makanan dari sumber Halal yang sahih tetapi di masak oleh Chef Bukan Muslim

3. Halal Food : Makanan dari sumber Halal yang sahih dan di masak oleh Chef Muslim

Semoga isu status halal Secret Recipe ini diselesaikan dengan secepat mungkin.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.