Isu Viral Restoran Halal Penipu Di Osaka
|Hari ini terbaca satu Isu Viral Restoran Halal Penipu Di Osaka. Yang tampil buat pengakuan ialah bekas pekerja iaitu chef di restoran berkenaan. Mereka semua berbangsa Melayu dan beragama Islam, terasa bersalah sebelum ini kerana tidak dapat memberitahu kepada umum lebih awal.
Berita tentang isu viral Restoran Halal Penipu ini boleh rujuk sumber di NSTP dan Harian Metro Online : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/401379/nekad-enggan-subahat-metrotv
Isu Viral Restoran Halal Penipu Di Osaka
Pengalaman sendiri MrJocko, kalau ke Jepun, sentiasa mencari lokasi makanan halal menggunakan beberapa Apps di smartphone dan juga review dari rakan Muslim sebelum ini.
Sebagai contoh, ini Restoran Sojibo, restoran Ramen antara restoran Halal yang ramai orang Muslim singgah di Diver City Plaza, Tokyo. Harap mereka menyediakan menu halal yang sebenar.
Baca sini : http://www.mrjocko.com/2018/04/restoran-sojibo-diver-city-plaza-tokyo.html
Berbalik kepada isu viral Restoran halal penipu di Osaka, ia seakan memberi persepsi baru kepada ramai pelancong Malaysia, khususnya Muslim Malaysia, yang sebenarnya ada banyak restoran yang dikatakan Halal di Jepun, boleh dianggap was-was kerana mungkin ramai antara pemilik Restoran tersebut tidak menyediakan menu Halal tersebut mengikut aturan Muslim yang sebenarnya.
“Menurut chef-chef tersebut, pemilik restoran turut mempromosikan perniagaannya di Facebook dan menjadi antara restoran tumpuan pelancong dari Malaysia yang melawat Osaka.
Katanya, di sekitar kawasan itu, terdapat beberapa lagi restoran yang menawarkan makanan halal namun tidak begitu mendapat sambutan daripada pengunjung”
Lihat Video di sini :
https://www.youtube.com/watch?v=_ga40dutKIw
Sumber Gambar dan Video : Harian Metro Online
Isu Restoran Halal Penipu di Jepun seperti ini pasti akan memberikan kesan yang mendalam kepada pelancongan negara Jepun dan pihak JNTO kerana sebelum ini mereka begitu aktif dalam memperkenalkan lokasi friendly Muslim dan juga restoran Halal di Jepun sebagai usaha mereka menarik lebih ramai Muslim untuk melancong ke Jepun.
Pihak JNTO atau pihak berkenaan di Jepun mesti tampil memberikan kenyataan balas. Kalau tidak, ia akan memberikan kesan negatif terhadap pelancongan Muslim di Jepun.
Secara peribadi, kalau melancong ke Jepun, jika dibawa ke Restoran makanan Halal di sana, pilihan utama MrJocko ialah menu Seafood dulu. Kemudian, bila yakin dengan pilihan menu Halal lain seperti Ayam, Daging dan Kambing, baru lah berani untuk makan tanpa was-was.
Untuk yang nak travel ke Jepun musim sejuk nanti, jangan la terlalu risau. Ada banyak lagi pilihan makanan kalay ke Jepun. Paling mudah, singgah sahaja di 7-Eleven untuk beli Nasi Kepal Onigiri, cari inti ikan tuna, sandwich atau telur ikan. InsyaAllah boleh di makan.