Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Itinerary 4 Hari 3 Malam Melancong Ke Medan

Melancong ke Indonesia antara peluang melancong yang murah, jimat dan menarik untuk kita rakyat Malaysia. Ini kerana, pakej percutian ke bandar-bandar di Indonesia sememangnya adalah percutian yang berbaloi untuk kita sertai dan menawarkan pelbagai pilihan pengalaman yang menarik. Tambah lagi, tambang tiket penerbangan seperti tiket Fireflyz Airlines ke Medan adalah murah berbanding dengan tiket penerbangan sebelum ini dan ia mampu milik.

I would like to share my previous itinerary trip to Medan from Subang Skypark using Fireflyz Airlines and landed at Kualanamu International Airport. This is my 4 days 3 night Itinerary Trip to Medan Indonesia.

Baca : Menarik di Indonesia

 


Itinerary 4 Hari 3 Malam Melancong Ke Medan

Itinerary Melancong ke Medan Indonesia itinerary_ke_medan_indonesia_02 Tempat_Menarik_Di_Medan_01 Tempat_Menarik_Di_Medan_02 Tempat_Menarik_Di_Medan_03 Tempat_Menarik_Di_Medan_04

Itinerary 4 Hari 3 Malam Ke Medan

9 Aug – Sunday (Hari Pertama)
Kualanamu – Siantar – Parapat ( L, D )

Tiba di KualaNamu International Airport Medan. Di jemput oleh wakil Travel Agent dan langsung menuju Restoran untuk makan tengahari. Meneruskan perjalanan menuju ke pekan Parapat melalui Jalan Siantar. Singgah di Siantar untuk mencuba kacang tumbuk, salah satu makanan terkenal di Siantar.

Malam, tiba di pekan Parapat untuk check in hotel dan makan malam di restaurant tempatan.

10 Aug – Monday (Hari Kedua)
Parapat – Taman Simalem – Berastagi – Medan ( B, L, D )

Setelah sarapan pagi, sertai Samosir Tour dengan bot untuk mengunjungi Kampung Tomok untuk melihat kuburan batu Raja Sidabutar & Ambarita untuk melihat kursi batu yang berfungsi sebagai tempat pertemuan para pemuka adat dan exention court.

Kembali ke Parapat, makan tengahari di Restoran Tempatan, melanjutkan perjalanan menuju Berastagi dalam perjalanan singgah di Pematang purba untuk melihat rumah panjang kerajaan Simalungun , Air Terjun Si Piso Piso dan Taman simalem Resort untuk melihat keindahan Danau Toba. Tiba di Berastagi mengunjungi Pasar buah tradisional dan Puncak Gundaling .

Melanjutkan perjalanan menuju Medan , tiba di Medan check in Hotel.

11 Aug – Tue
Medan – Sei Binge ( Rafting ) – Medan ( B, L, D )

Setelah sarapan pagi, melanjutkan perjalanan menuju Sei Binge untuk kegiatan Water Rafting, sukan air . Petang hari kembali ke Medan untuk check in hotel dan acara pertemuan dengan Travel Agent Medan / Makan malam di hotel.

12 Aug – Wed
Medan– Airport ( B, L )

Selesai sarapan pagi, check out hotel lalu mengunjungi Istana Maimun sampai waktu transfer ke Airport untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Untuk anda yang memang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, semestinya penerbangan Fireflyz Airlines ke Medan ini amat sesuai kerana anda hanya perlu ke Subang Skypark, dekat dengan pusat bandar dan dekat dengan kemudahan lain.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.