Ada yang bertanya tentang harga pakej Itinerary 5 Hari 4 Malam ke Tokyo. Trip selama 5 Hari 4 Malam yang MrJocko rancang ini adalah trip santai kami, Geng TravelLawak termasuk Man Raja Lawak ketika di Tokyo. Percaya lah, trip ke Tokyo pada kali ini trip santai, murah, mudah dan terbaik pernah MrJocko lalui.
Untuk info, pakej trip 5 hari 4 malam ke Tokyo ini kami hanya habiskan cuma sekitar RM2,950 sahaja termasuk tiket penerbangan, hotel Flexstay Inn, tiket LRT, Subway dan juga Monorel serta makan minum selama kami di Tokyo. Murah kan???
Baca : Tempat Tempat Menarik Di Tokyo Jepun
Itinerary 5 Hari 4 Malam Ke Tokyo
Bagi anda yang berminat nak tahu jadual perjalanan kami semasa di Tokyo, MrJocko akan kongsikan di sini itinerary trip 5 Hari 4 Malam di Tokyo. Ia bukan sesuatu yang terbaik, tetapi mungkin ia satu pilihan plan yang boleh anda buat jika travel sendiri ke Tokyo.
Itinerary 5 Hari 4 Malam Di Tokyo
Hari Pertama
Kami sampai di Haneda Airport sekitar jam 10.30 malam waktu Jepun. Terus menaiki LRT dan menuju penginapan kami di Flexstay Inn.
Hari Kedua
Jam 9.30 pagi kami keluar menuju ke UENO. Di sini kami habiskan separuh hari untuk shopping dan juga explore Ameyokocho Market yang terletak hanya beberapa meter dari Stesen UENO.
Petang kami menuju ke Stesen Tokyo dan menikmati pemandangan indah dari Observation Deck di Bangunan Japan Post (JP) yang terletak bersebelahan dengan Stesen Tokyo.
Malam, kami menikmati makan malam di Tokyo Muslim Restaurant dan seterunya pulang ke hotel, pada jam 11.00 malam.
Hari Ketiga
Jam 9.00 pagi kami keluar dan menuju ke Odaiba untuk melawat Gundam Square dan juga Fuji Television. Seterusnya, kami menuju ke Tokyo Bay untuk ke pusat aksesori jualan Motorsikal terbesar di Tokyo iaitu Ricoland.
Dari sana, sebelah petang kami meneruskan perjalanan menuju ke Harajuku dan menyusuri sehingga ke Shibuya Crossing.
Malam kami ke Nippori untuk menikmati makan malam di Restoran Turki sebelum pulang jam 12.00 malam menaiki Teksi.
Hari Keempat
Jam 10.00 pagi kami keluar menuju ke SkyTree Tokyo dan kemudian sebelah petang kami menuju ke Stesen Roppongi untuk ke Hard Rock Cafe Tokyo.
Dari Roppongi Hills, kami ke Asakusa dan seterusnya menuju ke Ginza Street untuk melihat outlet premium, pilihan produk termahal, branded, pilihan VVIP banyak di jual di sini.
Malam kami meneruskan perjalanan menuju ke Shinjuku dan makan malam di Tempura Restoran di Shinjuku. Kami pulan sekitar jam 11.30 malam kembali ke hotel.
Hari Kelima
Kami check-out hotel jam 11.00 pagi dan menuju ke UENO. Sekali lagi kami abiskan masa untuk shopping di sini dan MrJocko ambik peluang untuk singgah di Nippori Textile Town untuk membeli kain cotton yang murah di kedai kain Tomato di Nippori.
Jam 6.00 petang, baru kami menaiki LRT dan Monorail menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda untuk pulang ke Malaysia. Penerbangan kami pada jam 10.45 malam waktu Jepun.
Untuk anda yang bertanya, ada pilihan lain yang boleh anda selit jika ke Tokyo. Mungkin anda berminat untuk menaiki Shinkansen. Kalau berminat menaiki keretapi laju, MrJocko cadangkan anda membeli lebih awal Japan Rail Pass untuk seminggu dengan hanya kos RMsekitar RM850++ . Berbaloi kerana anda boleh menaiki Shinkansen menuju sehingga ke Fukuoka.
Jika anda berminat untuk melihat Gunung Fuji, boleh ambil LRT dan menuju ke kawasan Hakone. Kalau dah sampai sana, mungkin anda boleh terus ke Gotemba Premium Outlet, pusat shopping outlet terkenal di Tokyo.
Satu lagi, mungkin anda berminat untuk melihat taman Yoyogi Park. Kalau musim bunga sakura, kat sini memang meriah dengan warna-warni bunga sakura yang cantik.
Last sekali, kami terlepas untuk ke Akihabara, pusat jualan alat elektronik yang terkenal di Jepun. Kami terpaksa skip kerana, kalau ke sana pun, mungkin kami tak beli pun alatan elektrik. So, kami pilih pergi ke lokasi lain yang lebih menarik.
Ini lah itinerary 5 hari 4 malam kami semasa di Tokyo. Untuk anda yang berminat, mungkin anda boleh rancang sendiri perjalanan anda untuk ke lokasi tersebut. Tapi kalau berminat, mungkin boleh follow kami bersama TravelLawak untuk ke Tokyo, Jepun dengan hanya pakej RM2,950 sahaja termasuk Tiket Penerbangan, Hotel penginapan 5 hari 4 malam, tiket LRT, Subway dan Monorel serta makan minum selama berada di Tokyo.
Berminat boleh contact MrJocko +6019-6611619