Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kempen IWK Indah Water Online Payment Tahun 2016

Kempen IWK Indah Water Online Payment Tahun 2016. Indah Water Konsortium atau IWK kini sedang giat mempromosikan Kempen IWK Online Payment Tahun 2016 Bayar Online Dan Menang atau Bayaran Secara Talian. Sempena kempen ini, anda sebagai pelanggan IWK berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik tanda penghargaan dari IWK.

Bil Indah Water? Kenapa perlu bayar bil Indah Water (IWK) ni? Mengarut dan ia satu penipuan. Tak nampak pun apa yang Indah Water Konsortium lakukan? Apa yang IWK buat dengan bayaran bulanan yang saya kena bayar? Itulah antara rungutan yang biasa kita dengar tentang persepsi buruk tentang IWK.

Baca : Kempen dan Contest di Blog Travel Blogger Malaysia

 


Ini adalah contoh bil IWK untuk kediaman seperti kediaman MrJocko. Unit kediaman biasanya dikenakan charge RM8 sahaja untuk sebulan bagi kos menyalurkan sisa-sisa kumbahan dari sinki, air basuhan dan segalanya dari lubang terowong kotor ke lokasi yang disediakan untuk dirawat.
 

Kempen IWK Online Payment Tahun 2016 Bayar Online Dan Menang

iwk-online-payment-campaign
 

Jika anda sedar dengan perasaan tentang kelebihan dan kebaikan air terawat yang bersih hasil usaha dan kerja-kerja dari pasukan IWK ini, anda pasti akan bersyukur untuk membayar hanya sekitar RM8 sahaja untuk mereka menguruskan sisa air kotor dari rumah anda dan dirawat menjadi air yang bersih. Ia benar-benar murah jika hendak dibandingkan dengan apa yang IWK lakukan.

Untuk memudahkan pengguna dan pelanggan IWK, kempen IWK Online Payment dilancarkan bagi memudahkan anda membayar bil IWK secara online. Kempen ini juga memberikan anda sedikit ganjaran dimana mereka yang terawal membuat pembayaran melalui Online dan membayar tunggakan serta bayaran untuk setahun, bagi tahun 2016, anda akan diberikan Kad Touch n Go atau Beg Komputer IWK Limited Edition.

Ia tertakluk kepada Terma dan Syarat.
 

iwk_online_payment

indah-water-konsortium
 

Info ringkas untuk anda, hanya dengan membayar bil IWK anda secara online pada 11-31 Januari 2016, anda mungkin berpeluang mendapatkan hadiah ini. Caranya dengan :

  1. Bayar Secara Online
  2. Screenshot atau Simpan gambar resit dalam talian
  3. e-mel kepada iwkcontest@gmail.com. Dalam e-mel, sila sertakan nama penuh dan nombor telefon.

Eksklusif IWK-Touch ‘n’ Go menanti 300 pelanggan pertama setiap minggu (11 – 17 Januari Januari 18-24, 25 – 31 Januari), yang e-mel mereka dan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

Selain itu, IWK juga menghadiahkan eksklusif beg IWK komputer bernilai RM150 setiap satu, dengan yang pertama 45 pelanggan yang membuat pembayaran dalam talian untuk bil IWK satu tahun terlebih dahulu (termasuk caj GST) dan e-mel kami screenshot resit dalam talian.

Bagaimana nak kira. Ini contoh pengiraan:
Caj pembetungan bulanan anda ialah RM8 dan bil IWK terkini anda bertarikh Januari 2016. Oleh itu, pembayaran bil selama setahun lebih awal adalah seperti berikut:

Januari 2016 hingga Disember 2016
= (RM8 x 12) + 6% GST
= RM96 + RM5.76
= RM101.76

 

iwk_online_payment_03iwk_online_payment_03
 

TERMA & SYARAT:

1) Terbuka kepada semua pelanggan domestik IWK (kecuali kakitangan IWK) yang membuat pembayaran dalam talian dalam tempoh tiga minggu: 11-17 Januari 18-24 Januari & 25-31 Januari
2) Istilah ‘pembayaran online’ yang ditetapkan dalam pertandingan ini merujuk kepada pembayaran yang dibuat melalui laman web ini: maybank2u.com.my, cimbclicks.com.my, mbfcards.com, rhb.com.my, pbebank.com, ambankgroup.com , bankislam.com.my, hlb.com.my dan www.mybsn.com.my
3) Satu akaun IWK berhak menerima SATU eksklusif IWK – Touch ‘n’ Go.
4) Pemenang dipilih secara ‘siapa cepat dia dapat’.
5) Pelanggan perlu memastikan bahawa selepas membuat pembayaran dalam talian, tiada tunggakan dalam akaun IWK tersebut.
6) nombor akaun IWK dalam bukti-bukti pembayaran (screencaps atau gambar resit online) mestilah jelas dan mudah dibaca.
7) Apabila persetujuan, gambar pemenang akan digunakan untuk tujuan promosi di laman IWK Facebook dan bahan-bahan promosi lain seperti risalah dan poster.
8) IWK berhak untuk menukar terma dan syarat kempen ini pada bila-bila.

 

Tunggu apa lagi, jom bayar bil IWK anda hari ini? Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai 2016 Indah Water Konsortium (IWK) Kempen Pembayaran dan segala-galanya, jangan lihat pautan berikut di bawah:

Laman Web: www.iwk.com.my
Facebook: www.facebook.com/IndahWaterKonsortium
Twitter: @iwkcomms

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.