Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jadi Sahabat Yang Berfaedah Bukan Yang Bagi Musibah

Ingin rasanya berkongsi dengan rakan-rakan sedikit pandangan supaya jadilah Sahabat yang memberi manafaat kepada sahabat lain, bukan sahabat yang memberi masalah atau musibah kepada sahabat.

Selagi kita bernama manusia, semua orang ada rakan, ada kawan dan sahabat. Tahap antara rakan, kawan dan sahabat pula berbeza antara satu sama lain. Rakan istilah bagi mereka yang kita cuma kenal-kenal biasa. Kawan mungkin mereka yang selalu mendampingi kita, lepak dan aktiviti seharian. Manakala sahabat ialah taraf yang lebih tinggi yang mana berada di sisi kita saat senang dan susah.

 

 

Andai kita mempunyai rakan, cuba sedaya upaya untuk jadikan mereka kawan kita. Bila sudah serasi menjadi kawan, letakkan mereka di sisi anda sebagai sahabat. Sebagai sahabat, selagi mampu, jadilah sahabat yang boleh memberi manafaat kepada mereka.

Sahabat Yang Memberi Manafaat

Andai anda punya sahabat, bantu mereka selagi mampu. Tidak semesti memberi bantuan dalam bentuk kewangan sahaja, mungkin kita boleh bantu dari segi sokongan moral, idea, pandangan dan peluang-peluang lain yang memberi faedah kepada mereka. Bantuan dan sokongan anda mungkin kecil tetapi ia mungkin boleh memberi manafaat kepada mereka. Orang yang bergelar Sahabat Yang Memberi Faedah ialah orang yang selalu ‘memberi’ kepada sahabat yang lain.

Sahabat Yang Memberi Musibah

Mesti pernah kita dengar pepatah, rakan ketawa ramai, rakan menangis susah di cari. Jika kita tidak mampu untuk membantu sahabat kita, jangan pula kita menambah masalah kepada mereka. Andai kita seorang sahabat, elakkan dari menyusahkan sahabat yang lain. Orang yang bergelar Sahabat Yang Memberi Musibah ialah orang yang selalu ‘mengharapkan’ sahabat yang lain.

Kesimpulannya, dalam persahabatan seharian, mesti ada antara kita yang kadangkala terguris dan terasa dengan perangai dan perbuatan sahabat lain. Ini kerana kita kadangkala terlalu mengharapkan sahabat kita berbuat baik kepada kita sedangkan kita juga mungkin tidak sebaik yang diharapkan. Bertolak ansur antara satu sama lain, jaga kepentingan sahabat seperti kepentingan kita, InsyaAllah kita akan punyai Sahabat Sejati.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.