• Fri. Sep 22nd, 2023

Jadual Waktu Solat Di Taiwan Taipei Taichung dan Kaohsiung

waktu-solat-di-Taiwan

Antara perkara penting ketika nak travel ialah untuk semak dan pastikan waktu solat yang yang tepat untuk lokasi atau negara tempat yang kita ingin lawati. Sebelum ke Taiwan, MrJocko ada semak jadual waktu solat di Taiwan di laman web Islamic Finder ini untuk makluman asas. Info ini berguna sebab senang kita nak rancang untuk tujuan solat jamak. 

Alhamdulillah, sepanjang MrJocko di beberapa hotel di Taiwan termasuk Hotel Tai-yi Ecological Leisure Farm Resort Taichung, Tayih Landis Hotel Kaohsiung, Ambassador Koahsiung Hotel dan Amba Hotel Ximending, mereka menyediakan maklumat penuh tentang waktu solat di Taiwan secara  terperinci dan mudah.

Sesetengah hotel lain, selain dari hotel di atas juga ada menyediakan ruang solat dan juga menu makanan halal dan muslim friendly restaurant bagi kemudahan pelancong muslim ketika di Taiwan.

Waktu Solat di Taipei Taichung Kaohsiung Taiwan

Jadual Waktu Solat Di Taiwan

Jadual waktu solat di Taiwan adalah berbeza mengikut minggu pertama sehingga minggu keempat. Tetapi dapat MrJocko simpulkan, waktu subuh di Taiwan sekitar jam 4.30 pagi, waktu Zuhur jam 11. 40 tengahari, Waktu Asar jam 3.00 petang, waktu Maghrib jam 5.15 petang dan waktu Isyak jam 6.30 malam.

Sudah tentu ia berbeza juga mengikut musim samada musim bunga, panas, luruh dan musim sejuk. Oleh sebab itu, kalau nak tau waktu solat di Taiwan secara tepat, anda boleh semak laman web Islamic Finder atau laman web berkaitan untuk jadual waktu solat di Taiwan yang tepat.

 

Menara Taipei 101 Taiwan

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.