Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jakun Dengan Fungsi Magic Glass Di Bilik Air Hotel

Selama Mrjocko di Taiwan, ini antara benda yang paling menarik minat dan membuatkan MrJocko jadi jakun. Kalau orang Kelantan, ia di gelar sebagai ‘darat’. Ia bermaksud, tak pernah tahu dan baru tahu serta amat rasa pelik tentang sesuatu benda.
Ini lah suis Magic Glass di bilik hotel di Novotel Taoyuan, Taiwan. Pertama kali pengalaman guna benda ni, MrJocko rasa amat jakun, amat pelik dan terfikir camana agaknya Magic Glass ini dicipta.
Tekan suis On, anda akan melihat dengan agak jelas apa yang ada dibelakang cermin kaca bilik air. Bila kita Off kan switch, ia menutup pandangan kita. Sangat pelik. Sangat jakun dengan cermin magic glass ini. Fungsi sebenar Magic Glass tidak la di ketahui. Mungkin ia lebih kepada mereka yang dalam keadaan honeeymoon. Kalau macam hari tu, MrJocko kongsi bilik dengan Bro Arif, langsusng tak guna, hahaha. Lagi buat risau, mana tau terngah mandi tiba-tiba ter’ON’ Magic Glass, terus naya tengok member berbogel. Hahaha…

Apapun, biarla ada yang nak mengata, memang MrJocko akui, ini kali pertama guna bilik air yang ada Magic Glass. Memang saya jakun,,, 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.