Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jalan Jalan Cuti Hari Merdeka

Hari ni Cuti Hari Merdeka. Ahh!!! sekali sekala bangun lewat ni best jugak. Dah la time lepas solat Subuh tadi hujan lebat, aku terus sambung tidur. Sedap nye…

Sedar sedar dah jam 10.00 pagi. Semalam janji dengan Wife aku nak ajak dia pergi tengok perabut kat PJ dan beli barang-barang dapur di Tesco.

Jalan Jalan Cuti Hari Merdeka

Kami singgah sarapan dulu kat PJ State, just near Courts Mammoth. Khalish suka coz boleh makan Roti Telur dengan Ayam. Sekarang dia dah start pandai makan. Kalau dulu, minum susu dengan cereal jer. Alang aku dah sampai area situ, singgah courts mammoth kejap, survey harga barang kat sana. Erm, nampaknya still harga biasa.

On the way balik rumah, aku singgah rumah Kak Ida kat TTDI. Ambil keropok dan buah salak yang Mak kirim dari kampung. Kebetulan Kak Ida ada hal nak pegi seremban, so, aku duk kejap jer umah dia, kemudian terus balik rumah.

Balik, kami singgah Makro Selayang. Beli pasu untuk bunga kat rumah. Aku nak buat hias atas rak kasut, muka pintu depan. 

Sampai umah dah Asar. Letih lak, malas pulak nak siapkan cat rumah. Zzz… Nampaknya Cuti Hari Merdeka aku kali ini, duk kat KL dan layan wife dan anak jer la.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.