Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pemandangan Jalan Malioboro Yogyakarta Di Waktu Malam

Yogyakarta terkenal dengan banyak destinasi menarik termasuk Jalan Malioboro. Paling meriah di sini ialah aktiviti membeli belah, menaiki kereta kuda dan juga menaiki ‘bechak’. Bila malam, ia destinasi tumpuan warga kota dan pelancong untuk singgah makan malam. Ini pemandangan Jalan Malioboro Yogyakarta Di Waktu Malam.

Jalan Malioboro (Malioboro Street) adalah salahstu jalan utama tumpuan untuk membeli-belah utama di Yogyakarta, Indonesia. Ia terletak di paksi utara-selatan di garisan antara Yogyakarta Kraton dan Gunung Merapi. Jalan ini adalah penting kepada banyak penduduk tempatan dan juga jalan utama di Yogyakarta.

Baca : Tempat Menarik Pelancong di Jogjakarta Indonesia

 



 

Jalan Malioboro Yogyakarta Di Waktu Malam

Jalan Malioboro Yogyakarta

 

Kali ini MrJocko berpeluang untuk meneroka apa yang ada di Jalan Malioboro pada waktu malam. Ternyata, ia lebih meriah dengan limpahan pelbagai gerai jualan, gerai makanan dan juga pelbagai hiburan ‘buskers’ penyanyi dan penghibur jalanan.

Jalan Malioboro ini adalah pusat pelancongan terbesar Yogyakarta dikelilingi dengan banyak hotel, restoran, dan kedai-kedai berdekatan. Kaki lima di kedua-dua jalan yang penuh sesak dengan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai barangan. Pada waktu petang beberapa restoran tepi jalan terbuka, yang dikenali sebagai ‘Lesehan’, beroperasi di sepanjang jalan.

Di sini juga, anda boleh berhibur dan melihat ramai pemuzik jalanan, pelukis dan artis-artis lain mempamerkan ciptaan mereka di jalan raya ini. Sebab ini mungkin, ia menjadi tumpuan semua dari warga Indonesia sendiri dan juga pelancong asing. 

Jalan Malioboro Yogyakarta

Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta
Jalan Malioboro Yogyakarta

Jalan Malioboro Yogyakarta Jalan Malioboro Yogyakarta 07

Antara yang boleh dicuba di sini semestinya pelbagai menu termasuk menu ayam penyet. Makanan tradisional di Yogyakarta juga banyak dan anda tak perlu risau keran ia adalah Halal. Di Yogykarta memang boleh dikatakan hampir kesemua menu yang dijual di restoran dan kedai adalah halal. Di sini punyai populasi masyarakat Muslim yang majoriti.

Nak shopping barangan seperti baju, seluar, batik, jaket, lukisan, aksesori dan macam macam lagi, boleh singgah di Jalan Malioboro. Tak jauh dari sini ada Pasar Beringharjo yang memang terkenal dengan jualan kain kain.

Pendek kata, kalau ke Yogyakarta, anda mesti singgah di Jalan Malioboro. Banyak yang boleh anda explore di sini dan ia memang sesuatu yang menggambarkan budaya dan masyarakat Indonesia di Yogyakarta.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.