Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jalan2 ke Proton Platinum Showroom

Holla…
Aku rasa ramai yang tau kat Mutiara Damansara ada satu showroom Proton Edar yang besar tu. Kalau dari Tesco dan kawasan Mutiara Damansara tu korang dah bleh nampak.
Aku sendiri, dah 3 kali jejak masuk ke dalam showroom Proton Edar ni. Kalau disebelah tepi pintu masuk showroom ni tertulis Proton Platinum, mungkin rasanya ni antara showroom kereta2 Proton terbesar sekitar kawasan ni kot.
Kalau lah betul ni antara showroom Proton yang terhebat di kawasan Mutiara Damansara, maka aku rasa kesianlah kat Taukeh atau Boss showroom tu. Kenapa? Kerana kalau pendapat peribadi aku, sales servis kat sana sangat la LOW CLASS.
Bukan tujuan aku nak rendah2 kan produk Malaysia, tetapi duk harap kalau Boss Showroom Proton Edar Platinum Mutiara Damansara ni, kot kot la terbaca, mintak upgrade la sikit servis korang tu.
Antara yang aku rasa patut kena tukar;
1. Masa aku sampai sana jam 12.10pm, Ahad, orang tak ramai, aku tengok ada sorang jer customer lain, Salesman kat sini ada ramai, tapi duk kecoh sibuk nak makan dan celebrate apa ntah. Masa masuk kat situ rasa macam “tak di undang lak”.
(Masa KIA Showroom, customer masuk jer 2-3 org salesman greets)
2. Masa duk pusing2 tgk kereta ada Salesman yang offer bantuan dan tanya, tapi bila aku tanya balik, nak try tgk interior kereta, smua terkunci. Aik! Kereta yang duk dalam Showroom besar, ada Pak Guard 2 – 3 orang pun kunci jugak? Dah kul 12.15pm pun still kunci? Kalau kunci, camana aku nak tengok interior dalam?
(Masa kat KIA kul 10.30am aku tgk smua kereta pintu siap terbukak lagi)
Bengang gak aku bila aku nak bukak pintu Inspira, KUNCI, nak bukak pintu Exora, pun KUNCI, nak bukak pintu Satria Neo, PUN MASIH KUNCI??? Kalau korang, apa korang rasa? Bila kereta yang korang nak tengok sesangat, tapi pintu berkunci, kat showroom lak tu?

3. Lepas aku cakap nak tengok Inspira, nampak gaya cam mamat Salesman tu macam nak ambik kunci kereta, tapi lama aku tunggu, dalam 15 mins, tak nampak batang idung dia.
(Masa menunggu kat KIA, kami dapatla sorang sekotak Air)

4. Masa aku kat dalam showroom, aku rasa pelik, bleh lak salesman lain, dalam 4 – 5 orang tu bising2, kecoh dan tak tau duk celebrate apa tah. Macam kat pasar malam lak aku tengok gaya diorang. Kalau aku la, serius aku rasa tak selesa. Camana nak tengok keta kalau perangai Salesman pun cam Be**k? Sorry bro, ayat kasar, geram aku…
(rasanya masa kat KIA kalau salesman tu takde customer, masing2 duk kat meja duk kra sales kot, senyap dan aman jer)

5. 20 mins takder apa2, aku gerak balik jer la
Overall kat Proton Edar Mutiara Damansara ni, jumlah kereta yang dipamerkan banyak, smua ada. Savvy, Saga BLM, Saga 25yrs, Persona, Gen2, Satria Neo, Inspira dan jugak Exora smua ada. Salesperson pun nampak ramai yang duk mundar mandir, dalam 10 orang kot, tapi sayang sales servis bagi aku HANCUR…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.