Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Update Terkini Koleksi Aku Jam Tangan Pelbagai Jenama

Ini Koleksi Aku Jam Tangan Pelbagai Jenama. Aku lama dah nak tulis entry pasal koleksi aku. Tapi tak der maso nak tulis. Memandangkan sekarang tengah free sket, aku nak cito Koleksi aku yang pertama. Jam.

 

Aku ni obses sikit pasal jam. Minat jugak la nak simpan dan pakai macam2 jam. Pasal, setiap jenis jam ni dia ader unik yg tersendiri. Kena lak, design yg berbeza, jadi, kalau ader jam lebih dr dua, senang nak nak match dgn pakaian, atau function tertentu. Mahal tentu la org ckp berkualiti, tapi murah pun aku tak kisah. Janji aku nampak cantik dan senang nak match.

 

koleksi jam tangan
Aku start dgn jam Swatch aku ni. Jam ni aku beli tahun pertama aku keja kat BNM. Masa tu murah lagi dlm RM225 jer. Aku beli tahun 2001, tp design jam ni tahun 1999. Tak prasan lak aku model lama. Maklum la, pertama kali beli jam Swatch. Ni pun pasal aku terikut dgn ABE. Pasal dia beli swatch jenis ni, sebulan pastu aku ikut. Skang aku tgk design ni ader lagi kat Butik KLCC. Harga tak silap aku dlm RM360++. Wah! ader nilai lagi rupernya. Dah 3 kali aku tukar bateri dan cermin dah kabur sket. Ni gara2 terkena cat tempohari. Dah cuci, polish, tp tetap blur. Tak per la. Janji nampak jarum. Hahaha…

 

 

Koleksi Aku : Jam Tangan Pelbagai Jenama

Jam Casio MR-G (G-Shock) ni pula antara yg paling aku sayang. Pasal aper? Pasal jam paling lasak. Time aku ader aktiviti alsak, aku pakai jam ni la. Brenang, masuk hutan, hiking kat Gunung, dan mcm2. Jam ni aku dapat hadiah masa tahun 2003. Masa tu harga RM999.00 kat butik ISETAN, KLCC. Aku sendiri pun tak caya. Penah skali tali terputus, aku pegi nak sambung tali, kena order skru dr JAPAN selama 3 minggu. Hampeh. Rega skru tu pulak RM38.00 satu batang. Cis,,, mahal nak mampus… Sampai skang elok. Kira dulu jam ni sefemes Babg G. Cuma Baby G utk pompuan, yg ni utk laki-laki.

Baca : MrJocko dan jam G-Shock

 

Koleksi Aku : Jam Tangan Pelbagai Jenama

 

Casio Edifice plak, aku beli utk majlis Kawin aku tahun 2004. Kira beli sepasang ngan wife aku. Harga biasa jer, dlm RM299 masa tu. Satu pasang dpt dlm RM500. Kira ok la, Pun jenis tali besi. Cuma preface dia jer jenis 4 segi. Lain sikit dr model yg aku ader.

 

Jam ni lak preface 4 segi gak. Brand Camelon. Ader ke brand tu ??? Hahaha. Seingat aku, beli kat The Curve tahun 2006. Murah jer, RM15. Tapi pakai tak sampai 6 bulan, bateri dah abis. Malu lak nak gi tukar bateri. Nak buang sayang. Bukan rosak, cuma tak der bateri jer. Erm,,, tgk la, nanti mintak tolong member aku tukarkan bateri.

 

 

Koleksi jam Swatch

 

Ni jam Swatch aku yg kedua. Design dia cantik. Aku terpengaruh dgn cheap sale. Pun aku beli tahun 2006. Design nampak cantik. Harga murah. Kaki lima kat Jalan TAR. RM10 jer (kalau dah RM10 sah la tiruan). Seluk poket, ader duit, so aku beli jer la. Sampai skang, baru skali tukar bateri baru RM8. Still bleh pakai. Cuma tak penah bwk mandi kolam. Kalau masuk kolam, aku agak bleh pelihara ikan emas dlm tu. Pasal senang masuk air.

 

Aku ader satu jam, dpt Gift jugak dr Persatuan Kakitangan BNM. Tahun 2006 jugak. Jenis preface bulat & irony. Lupa lak aku letak mana. Rasanya ader kat umah jer. Cuma nak cari tak jumpa. Brand ??? Tak der brand, cuma ader logo BNM jer… Sentimental value tu.

 

Koleksi jam Swatch

Yg ni jam aku paling murah. AKu beli awal tahun ni. Walaupun murah, aku slalu pakai jam ni bila aku kluar weekend. Atau ke pasar. Brand MONOL (rasanyer la). Aku beli kat pasar malam, really cheap. RM5 jer. Stakat ni aku pakai wat mandi ok jer. tak masuk air pun. Biar betul?

 

Koleksi jam tangan

Last collection aku, replica jenis ni. Walaupun tak mampu pakai yg original, aku pakai yg replica udah la. Nak pakai ori memang blum tau lagi. Harga mengalahkan sebijik keta Proton Waja. Design dia nampak tua, tp nampak matang.

 

 

Koleksi jam tangan

Ini sajer yang aku ader buat masa ni. Cukup la kot. Boleh la buat selang seli pakai. Walaupun tak mahal, tapi jam tangan pelbagai jenama. Takder la cepat rosak atau cepat boring.
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.