Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pertunjukkan Bebola Api Jambatan Naga Api di Vietnam

Kata orang kalau ke Da Nang Vietnam, kami boleh jumpa dengan Naga Api. Ini cerita betul atau cerita mitos??? Atau ni pasal Pertunjukkan Bebola Api Jambatan Naga Api di Vietnam.

Rupanya, di bandar Da Nang, Vietnam terbina sebuah jambatan berbentuk naga merentasi sungai Song Han (River Han). Jambatan Naga Api di Vietnam ini akan menghembuskan api dari mulutnya dan seketika kemudian akan menghemburkan air apabila selesai.

Untuk info Jambatan Naga Api Da Nang di Vietnam ini dibuka pada ulang tahun ke 38 pembebasan Da Nang dari tentera Amerika Syarikat. Jambatan ini menelan belanja USD 85 Juta (RM 260 Juta) dan ia dibina dalam masa selama 5 tahun untuk disiapkan. Menurut rekod, ini adalah satu-satunya jambatan yang mampu menghembuskan bebola api.

 

Jambatan Naga Api di Vietnam

 

 

Di sini, penduduk mengenali Dragon River Bridge dengan nama Vietnamese: Cầu Rồng. Jambatan Naga Api ini mempunyai jarak sepanjang 666 meter, kelebaran jalan sehingga 37.5 meter dan mempunyai 6 lorong, termasuk 3 lorong kanan dan kiri. Ia antara laluan utama penduduk Da Nang dalam urusan seharian dan ia menjadi salah satu Jambatan terkenal di Vietnam.

Untuk info, jika anda mahu menyaksikan pertunjukkan di Jambatan Naga Api Da Nang ini, anda boleh ke sana pada hari Sabtu dan Ahad sekitar jam 9.00 malam. Pada masa ini, anda akan menyaksikan lebih kurang 3 kali hembusan bebola api dari mulut Naga dan juga 3 kali pancutan air dari mulut Naga yang secara simbolik memberi maksud ‘Naga Menjaga Keharmonian’ penduduk Da Nang.

 

 

Jambatan Naga Api Vietnam Jambatan Naga Api Vietnam jambatan-naga-api-vietnam-03 jambatan-naga-api-vietnam-04 jambatan-naga-api-vietnam-05 Jambatan Naga Api Vietnam jambatan-naga-api-vietnam-07 Jambatan Naga Api Vietnam jambatan-naga-api-vietnam-10 Jambatan Naga Api Vietnam Jambatan Naga Api Vietnam

 

Tips untuk melihat semburan bebola api dari mulut naga di Dragon River Bridge ialah mudah sahaja. Antaranya : 

  1. Pergi seawal jam 8.30 malam untuk dapatkan lokasi menarik.
  2. Berada di bahagian depan Kepala Naga dalam jarak sekitar 100 meter.
  3. Berada di sebelah depan kepala Naga, kiri atau kanan.
  4. Elakkan berada di bahagian depan kepala dan dekat dari kepala naga kerana anda mungkin akan basah di simbah semburan air pancut.
  5. Berhati-hati ketika semburan air kerana ramai yan gakan bertempiaran lari, dibimbangi anda akan dilanggar secara tidak sengaja.

Nak ke Jambatan Naga Api di Da Nang ini mudah sahaja, hanya gunakan Teksi. Paling mudah gunakan Teksi Vinasun atau Teksi yang bermeter bagi mengelak dari anda di tipu. Kos menggunakan teksi sekitar bandar Da Nang cuma sekitar RM10 hingga RM20 sahaja. Oleh itu, jika anda dikenakan harga melebihi RM20, anda mungkin melalui jalan yang jauh atau mungkin di tipu.

Selain dari pertunjukkan bebola api di Jambatan Naga Api, berdekatan dengan jambatan ini ada menyediakan aktiviti river cruise dan juga beberapa aktiviti lain yang boleh anda sertai.

Pergilah melancong ke Da Nang, Vietnam dan terbang bersama AirAsia untuk pakej percutian yang murah dan berbaloi-baloi. Dengan hanya tiket serendah RM179 sehala dari KLIA2 menuju ke Da Nang Airport.

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.