Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jangan Lupa Bayar Yuran Jabatan Facebook Negara

Kita dah menghampiri penghujung tahun 2013, tinggal beberapa hari lagi akan memasuki tahun baru 2014. Banyak yang perlu kita buat menjelang hujung tahun seperti ini. Ada bil-bil lain yang tertunggak, jangan lupa bayar, nanti tamat tempoh 2013 akan kena denda atau penalti pulak.
Sekarang tengah hangat isu Jabatan Facebook Negara. Memandangkan ramai pengguna di Malaysia menggunakan Facebook, khabarnya ada beberapa pihak seperti nak ambil kesempatan di atas pengguna Facebook di Malaysia. Banyak isu timbul dan macam-macam cerita kita dengar sehinggakan katanya akan diwujudkan Jabatan Facebook Negara.
Apa fungsi Jabatan Facebook Negara agaknya? Mungkin ia bertujuan untuk mengawal penggunaan Facebook mengikut piawaian tertentu dan mengawal unsur-unsur yang tidak baik menular dalam rangkaian Facebook. Tidak cukup kah lagi dengan sekatan yang ada seperti yang dilakukan sekarang ini?
 
Sejauh mana asasnya berita tentang cadangan penubuhan Jabatan Facebook Negara ini. Adakah ia sekadar omongan kosong atau mainan gurauan kat internet? Kalau betul ia akan di tubuhkan, rasanya tidak perlu. Rasanya sekarang pun dah banyak badan dan pertubuhan yang seakan bertindih dalam membuat penilaian, perancangan atau perlaksanaannya. 
Kalau berita tentang Jabatan Facebook Negara ini tak benar, maka sesiapa yang membuat idea gurauan ini memang berjaya tarik minat MrJocko untuk membuat entry ini 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.