Jangan Naik Beca di Ho Chi Minh
|
Ini adalah pemandangan dari tempat aku duduk, naik beca nak ke Restoran Vietnam Delights. Mula-mula rasa best. Tapi tunggu jer abis sessi naik beca ni, buatkan aku bengang gila… kenapa?
Rakaman saat-saat akhir sebelum aku ngan Penarik Beca Saigon ni bergaduh. Siapa tak marah kalau kena tipu, kan? Serius aku rasa bab kena tipu naik beca di Ho Chi Minh ni buatkan aku hilang mood.
Ceritanya begini. Masa hari ketiga, aku dan family nak lunch lepas balik dari Cu Chi Tunnel. Lapar sesangat pasal masa tu dah jam 2.30 petang. So, address aku ada, cuma aku tak tau nak hala ke mana pasal tulisan dia pelik sikit dan memang signboard tak banyak menolong. Memang aku tau dekat. Tapi selepas pusing 2-3 kali, anak aku dah merengek penat. Mula-mula nak naik teksi, tapi, sekali terjumpa lagi Mamat Penarik Beca ni. Semalam dah jumpa, aku kata NO. Hari ni dengan berbudi bahasa nya dia cakap nak tolong. “I Help, I Help” Pastu bila dapat kad alamat tu, dia kata dia tau. So, dia offer aku 50,000 Dong untuk 2 beca. Lepas kira-kira aku rasa murah, cuma RM8 sahaja. Aku confirm balik, betul ker harga tu, dia angguk dan setuju. Aku pun naik la.
So, dia kayuh la bawa kami. Tak sampai 500 meter pun sekali dah nampak Restoran Vietnam Delights tu. So aku pun happy la pasal memang dekat. Since kami naik 2 beca, aku sampai dulu. Sampai jer, aku turun, belum sempat aku buat apa-apa, dia dah keluarkan kertas. Tertulis 250,000 Dong dan dia berkali-kali tunjuk bermaksud aku kena bayar 250,000 Dong. What the Heck??? Bengang aku.
Aku tanya pasal apa? Why? Dia mula cakap bahasa Vietnam. Pastu bunyi “standard price”, “normal price”. Aku pun dah rasa kena tipu. Aku cakap nak bayar 50,000 Dong sajer. Dia tak nak. Aku pun risau, takut kena belasah. Maklum la tempat orang.
Aku ajak dia ke Balai Polis. Skali lagi aku bengang, dia tak nak. Lagipun, dia tak paham apa itu “polis”. Aku cari taktik, ajak dia ke Restoran Vietnam Delights. Aku harap taukeh kedai tu, boleh jadi translator. Skali mamat kat Vietnam Delights pun kureng dalam ber”English”. Aku tanya Balai Polis pun dia tak tau kat mana ada Balai Polis kat sana. Siot betul….
Pastu pasal dah lama, akhirnya Beca tu cakap nak 100,000 Dong sajer. Aku pun, tau takkan selesai cara mudah, aku bayar. So, sah la aku kena tipu hari tu. Lepas Beca tu pergi, baru budak kedai tu bagitau, kat sini kebanyakkan beca memang macam tu, selalu tipu pelanggan.
So frens, beringat la kalau ke Vietnam. Jangan sesekali naik Beca. Memang mulanya korang akan di layan seperti RAJA, baik, berbudi bahasa, “Malaysia Good”,,, tapi lepas korang naik, diaorang pandai ambik kesempatan dan tipu korang semua.
Serik aku naik BECA tempat orang. Pasal masa kat Indonesia dulu pun, lebih kurang cam tu.
MrJocko.com
5 Comments
Ooo aku kt indon ok je naim beca.so fr xde experience kena tipu ar.tpnmpk gaya nt g vitnam mmg kena hati2 jgk la
senang citer,,, seblum ko naik, baik yg amat, dah abis ko naik, dia kluar buku tertulis 250,000 Dong… mahal ooo, teksi skali naik baru 45,000 dong, ekon lagi
kena tipu 1,000,000 Dong per person naik beca kat vietnam…pak cik beca vietnam jahat…
Saya kena smlm 1500000 , mmg terkejut giler! Dah la diaorg mengaku tentera la.. Padahal diaorg tue gangster kat vietnam nie. Mmg kurang ajar diaorg nie.
alahai,,, banyak tu,, MrJocko lari masukmkedai makan Vietnam Halal, pastu bayar 100,000 jer