Jelajah Ke Pulau Ao Toaba Satun Geopark Thailand
|Pertama kali saya jejak ke Satun Geopark tahun lepas. Kali ini, kami teroka kawasan yang lebih luas dan kembali ke destinasi popular dimana terletaknya tinggalan fossil haiwan purba terkenal di Thailand ini. Pengalaman ini, Jelajah Ke Pulau Ao Toaba Satun Geopark Thailand.
Gabungan Satun Geopark dan juga tarika eko pelancongan yang lain di Satun Selatan Thailand ini memang memberikan tarikan unik dan tersendiri yang mungkin tidak ada di lokasi lain, hanya di Satun, Thailand. Ia, sesuatu khazanah pelancongan yang bernilai untuk semua.
Baca : Destinasi Pulau Menarik di Thailand
Jelajah Ke Pulau Ao Toaba Satun Geopark Thailand
Antara yang popular ditemukan di Satun Geopark adalah fossil yang dikenali dengan panggilan Elephant Stegodon (Gajah Stegodon). Ia adalah satu tinggalan fosil Gajah Stegodon, yang mungkin hidup 1.8 juta tahun yang lalu. Selain itu ada beberapa lagi fossil haiwan purba serta beberapa fosil lain, telah ditemui di sini. Tempat-tempat kaya fosil yang lain termasuk Sekolah Kampaeng Wittaya, Khao Noi dan kuil Tuad Toh Samyot di Satun.
Secara peribadi, berbaloi juga ambil pakej ini sebab berpeluang untuk melihat sendiri keindahan Prasat Hin Punyod, satu gua dalam batu terbuka tiggalan jutaan tahun dan juga lokasi ini, Ao Toaba tempat untuk melihat fossil sejarah haiwan purba yang melekat di batu-batu pulau. Sangat menarik!!!
Baca : Pengalaman Pertama Kali Ke Prasat Hin Punyod
Festival Fosil Satun Geopark diadakan kerana kawasan Satun Geopark adalah tanah makmur fosil Paleozoik yang berumur antara 540 hingga 250 juta tahun bersama dengan fosil Pleistocene sekitar 2.58 juta tahun. Telah diterima secara meluas bahawa Satun adalah fosil yang paling banyak di selatan Thailand. Agensi rangkaian di Wilayah Satun terus bekerjasama untuk mengadakan Perayaan Fossil Satun selama beberapa tahun untuk memberi pengetahuan kepada kanak-kanak, belia dan orang umum tentang sumber-sumber geologi tempatan. Ini juga untuk mempublikasikan tempat-tempat pelancongan di kawasan Geopark. Yang paling penting ialah menyiapkan Satun Geopark untuk menjadi ahli Global Geopark UNESCO dengan membangunkan asas yang stabil untuk pertumbuhan yang mampan mengikut kriteria UNESCO.
Sumber : Satun Geopark Festival Thailand
Perjalanan untuk ke sini, boleh anda naik dari Jeti Pak Bara. Ia satu jeti popular di Satun dan boleh dapatkan pakej untuk ke sini dengan harga sekitar THB800 (MYR105) hingga THB1100 (MYR150) bagi setiap seorang mengikut pakej yang tertentu.