Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jem Lebih 1 Jam Untuk 15km Di Kuala Krai Balik Kampung

Ini pengalaman sendiri. Jem Lebih 1 Jam Untuk 15km Di Kuala Krai Balik Kampung, Ya, inilah realiti. Semalam MrJocko dan famili bergerak balik ke Kelantan dari KL sempena menyambut Hari Raya AidilAdha atau Raya Korban. Tersangkut dalam kesesakan jalan raya berjam-jam lamanya.

Oleh kerana jalan utama dari Pahang menuju ke Kelantan kami terpaksa melalui jalan yang kecil, kesesakan jalanraya tiap kali masa balik kampung akan menjadi perkara biasa.

Baca : Balik Kampung Hari Raya Aidil Adha

 


Jem Lebih 1 Jam Untuk 15km Di Kuala Krai Balik Kampung

jalan sesak baik kampung

jalan-sesak-kuala-krai
 

Kalau setakat 6 jam, itu adalah biasa, 10 jam pun biasa. Malah paling teruk, ada antara kami terkandas sesak sehingga 18 jam lamanya. Demi untuk balik kampung bertemu keluarga tercinta di hari Perayaan.

Oleh sebab nak submit sales sebelum balik kampung, terpaksa la gerak lambat sikit. Setelah selesai submit sales, breakfast, sedar-sedar dah kul 11.00 pagi. Terus gerak dari Tol Gombak menghala ke Bentong, Raub, Lipis, Merapuh dan memasuki Gua Musang. Alhamdulillah jalan semua “clear”.

 

Masuk jer 15 km sebelum cabang 3 Kuala Krai, jalan dah mula jem. Ingatkan ada kemalangan, tetapi rupernya sebab brader-brader JKR barangkali tengah rajin membaiki jalan. Adesss,,, apsal la time ni diorang repair jalan??? Lepas raya tak leh ke???

Sebab tu, ramai yang terperangkap dalam kesesakkan dan kelewatan kawasan tu. MrJocko sendiri, dalam jarak 15 km tu jer, makan masa sejam lebih.

Lenguh kaki duk tekan minyak, brek, minyak, brek,,, ;). Alhamdulillah kami sampai kampung dengan selamat masa Maghrib.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.