Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jemputan LIKE Facebook Yang Menjengkelkan Adab Bersosial

Pernah terima Jemputan LIKE Facebook Yang Menjengkelkan. Isu menerima jemputan LIKE untuk satu-satu contest, giveaway, lucky draw atau pertandingan yang dianjurkan di laman sosial seperti Facebook atau Instagram bagi MrJocko satu isu yang kecil, tetapi ia seperti melanggar adab bersosial sesama kita.

Bayangkan ketika anda sibuk bekerja, tiba-tiba dapat mesej atau notification dari rakan anda yang meminta anda untuk klik LIKE Status Update mereka di Facebook atau LIKE gambar mereka di Instagram. Apa perasaan anda??? 
facebook Game Invite
Facebook Game Invite
Terus terang MrJocko ingin katakan, ia sesuatu jemputan LIKE Facebook atau Instagram yang menjengkelkan. Ia menggangu, tambah-tambah bila anda ketika itu, berada dalam keadaan sibuk, menerima mesej meminta untuk LIKE sesuatu link yang ada tujuan pertandingan. Paling menyampah, bila LIKE tersebut melibatkan Apps yang perlukan authorization bersama apps dan facebook.
Bukan berniat untuk menolak dengan sengaja atau tak mahu membantu, tetapi untuk anda yang pernah meminta rakan-rakan LIKE, ketahuilah, ia sesuatu yang menjengkelkan.
Jika anda bercadang untuk meminta tolong rakan-rakan LIKE status anda untuk menang, fikirkan beberapa kali :
1. Rakan anda mungkin tak minat benda yang anda sharing, jadi, kenapa perlu LIKE?
2. Rakan anda tengah sibuk dengan kerja, jangan beri mereka kerja tambahan untuk LIKE status anda
3. Rakan anda mungkin dalam bad mood
4. Rakan anda mungkin tidak selesa dengan apps yang melibatkan authorization bersama apps facebook
Sebab itu, sekali lagi MrJocko ingin kongsi pendapat, fikir dulu beberapa kali sebelum invite rakan-rakan lain untuk LIKE status anda. Ya, anda mahu menang, tetapi kalau boleh, jangan susahkan rakan-rakan. Mungkin rakan anda ramai yang baik dan sudi menolong anda, tetapi ramai juga rakan-rakan anda yang lain sibuk bekerja untuk mencari rezeki.
p/s : yang suka invite rakan-rakan pasal game di Facebook pun sama. Ia jemputan yang menjengkelkan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.