Jemputan Media Trip Ke Satun dan Hatyai Thailand
|Baru semalam sahaja, MrJocko sebut-sebut trip tajaan ke luar negara bersama Tourism Malaysia, semalam juga MrJocko diberitahu yang MrJocko.com dijemput untuk bersama deligasi wakil rasmi Majalah Libur sebagai Blogger ke Media Trip Satun dan Hatyai 2013 selama 4 hari 3 malam. Ini Jemputan Media Trip Ke Satun dan Hatyai Thailand.
Kali ini kami dijemput oleh wakil Tourism Authority of Thailand untuk mempromosikan Satun dan Hatyai kepada Media Malaysia. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penaja MrJocko.
Jemputan Media Trip Ke Satun dan Hatyai Thailand
Nampaknya trip kali ini ke Satun dan Hatyai merupakan trip pertama tajaan yang membawa MrJocko ke sana dengan membawa jenama Blogger dan Blog MrJocko.com bersama Majalah Libur, salah satu majalah travel terkenal di Malaysia. Peluang seperti ini memang peluang terbaik untuk MrJocko.com beraksi di pentas Asia dan mengembangkan pengalaman dan jenama MrJocko sebagai Travel Blog.
Trip kali ini kami akan melawat ke Thale Ban National Park, Phuphaphet Cave (gua terbesar di Thailand), Wang Saithong, Andaman Sky, Koh Tarutao, Black Stone dan juga pusing-pusing bandar Hatyai. Ermmm,,, MrJocko tak pernah ke Hatyai ni, dengar kata banyak lokasi menarik di Hatyai, betul ke??? Siapa yang dah pergi Hatyai???
Last MrJocko ke Thailand pada tahun 2011 ke Phuket bersama bro Sohoque. Masa tu pusing Phuket, Pulau Phi Phi Islands dan juga kawasan laut Andaman yang sangat cantik. Harap trip kali ini akan lebih best dari trip yang sebelumnya. Nak tahu update, jangan lupa follow Facebook, Twitter dan Instagram @MrJocko.