• Mon. Sep 25th, 2023

Jemputan Trip 6 Hari 5 Malam Surabaya Yogjakarta

1392110017514-779419

Bermula dengan jemputan Food Trail Negeri Sebilan, kemudian FAM Trip Phuket, FAM Trip Fraser Hill, FAM Trip Penang, FAM Trip Ipoh dan kemudian Taiping, bulan Februari MrJocko dijemput lagi untuk ke 6 Hari 5 Malam trip ke Surabaya dan Yogjakarta. Alhamdulillah.Trip ini ialah trip pertama jemputan dari pihak Travel Agensi dan juga pertama ke Indonesia. Ia juga trip paling lama kerana akan merentasi Surabaya hingga ke Yogjakarta menjejak Wali Songo, sejarah ketamadunan Islam di Pulau Jawa, Indonesia. Trip Surabaya Yogja Semestinya MrJocko gembira menerima jemputan dan berita baik ini. InsyaAllah, kalau tidak ada aral melintang, 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 MrJocko akan jelajah Surabaya dan Yogjakarta sebagai Travel Blogger. Bagi yang emel dan bertanya, macam mana MrJocko dapat peluang untuk berkerjasama dengan pihak Penaja dan Travel Agensi, ia sebenarnya hasil penulisan blog yang konsisten, bina network, berikan yang terbaik dan sabar dalam menulis dan menjadi blogger. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi anda pun tidak mustahil untuk dapatkan peluang ini jika anda sabar dan konsisten.Anda mungkin punyai lebih peluang yang jauh lebih bagus dari apa yang MrJocko terima. Kuncinya hanya perlu sabar dan terus menulis. Cari peluang dan ambil peluang. InsyaAllah anda pun akan jadi lebih hebat.Glamorous MrJocko 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.