Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Parenting Jenama Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Bayi

Nak kongsi sedikit tips parenting daripada pengalaman sendiri. Andai anda mempunyai bayi yang masih kecil, salah satu perkara yang anda hadapi ialah memilih jenama lampin pakai buang terbaik untuk kegunaan bayi anda. Memandangkan ramai ibu yang berkerja dan jarang menggunakan lampin kain guna semula, pemilihan lampin disposable ialah satu cara yang sangat efektif.

Untuk anak ketiga MrJocko, Baby Kayla, kami tidak ada masalah dalam memilih jenama lampin pakai buang yang berbaloi ini. Ini kerana kami sudah biasa dengan produk yang telah kami guna untuk Kakak Khalish dan Kakak Hasya beberapa tahun dulu. Cuma dari segi harga, kena pandai pilih sebab yang berkualiti biasanya harganya agak mahal. 

Baca : Khalish Birthday

Jenama Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Bayi

 


Jenama Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Bayi

jenama lampin pakai buang terbaik

jenama lampin pakai buang terbaik 2
 

Baca : Jenama Lampin Terbaik

Namun pemilihan lampin pakai buang tidak semestinya berdasarkan kepada mahal atau murah. Ada beberapa produk lampin pakai buang yang murah, tetapi punyai kualiti yang bagus. Lagipun, biasanya lampin pakai buang ini perlu diserasikan dengan kulit bayi itu sendiri. Kerana, ada bayi punyai kulit yang lebih sensitif berbanding bayi lain.

Oleh itu sebagai ibubapa, kita kena la cuba dulu beberapa jenama yang kita rasakan bagus untuk kegunaan bayi dirumah. Kena cuba dan rasai sendiri pengalaman. Jangan dengar sangat kata orang lain kerana cara kita dan sesitiviti kulit anak kita berbeza dengan anak orang lain.

Pilih la lampin ‘disposable’ yang terbaik untuk keselesaan bayi anda. Jangan memilih berdasarkan pengalaman orang lain dan bukan kerana jenama. Kalau anda rajin, cuba beberapa jenama dan kemudian serasikan dengan kulit bayi anda dan bajet anda.MrJocko dah jumpa lampin pakai buang paling best untuk Baby Kayla.

Setakat hari ini Baby Kayla memang selesa dengan jenama lampin pakai buang yang terbaik ini. Kami juga jimat sedikit berbanding sebelum ini kerana berjaya mencari lampin yang murah dan berkualiti untuk kegunaan anak kami.

Anda bagaimana? Dah jumpa lampin terbaik untuk anak anda?

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.