Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jenayah Culik Lagi, Mintak RM5 Juta

Makin lama, kes culik dan mintak tebusan makin menjadi. Semalam ada lagi kes penculikan terbaru. Bermula dengan tuntutan RM5 juta, sekumpulan empat penculik bersenjatakan pistol akhirnya terpaksa berpuas hati dengan bayaran tebusan RM100,000 saja sebelum melepaskan seorang mangsa culik yang ditahan mereka sembilan jam, kelmarin.
Kes Insiden penculikan membabitkan seorang lelaki berusia 40-an itu bermula apabila mangsa diculik ketika makan di sebuah restoran di Rawang, dekat sini, jam 1 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang makan bersama tiga rakannya dihampiri empat lelaki bersenjatakan pistol yang memaksanya masuk ke dalam Proton Gen.2 kumpulan penjenayah itu. 

Menurutnya, mata mangsa ditutup dengan kain dan dia dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui sebelum kumpulan penculik itu menghubungi keluarganya dan meminta bayaran wang tebusan RM5 juta. 
Perghhh!!! Agaknya siapa yang dia culik dan senang-senang mintak RM5 juta tu???

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.