Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur

Raya Haji tahun 2020, rezeki dapat balik kampung. Hampir setahun tak balik, memang rasa teruja. Tambah pula, Raya Haji, penuh dengan daging Qurban. Makan daging tak henti. Tak nak biar lemak berlebihan, hari raya ketiga, saya pinjam basikal Mountain Bike sepupu dan mulakan dengan kayuhan ringan. Syiok. Tiba-tiba terfikir, Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur macam saya, adakah Mountain Bike atau Road Bike.

Zaman kecil, saya dah biasa dengan basikal BMX. Bila start remaja, makin lama makin tinggal sehinggalah belajar di Universiti, semua hilang begitu sahaja. Kini, selepas cerita kayuh basikal semakin viral di Malaysia, terasa nak kembali mengayuh. Bukan untuk ikut-ikut, tapi ingin nak sihat. Ada fakta mengatakan, mengayuh basikal boleh memberi impak stamina yang bagus serta membakar lemak yang tepu. Ia juga bagus untuk pergerakkan lutut dan sendi tulang di dalam badan.

Baca : Tips Bina Rumah Banglo Tanpa Buat Pinjaman Bank

jenis basikal yang bagus

 


Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur

Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur
 

Sejak setahun dua yang lepas, main basikal kini menjadi trending di Malaysia. Hampir setiap hari, ribuan basikal baru dimiliki oleh golongan amatur yang mahukan aktiviti yang sihat. Satu petanda baik. Malah, ia kini menjadi satu aktiviti wajib ramai rakyat Malaysia, saban minggu.

Ramai amatur, mula memiliki basikal mereka. Ada yang lebih sukakan mountain bike dan ada yang memilih road bike. Tak kurang juga, bagi yang lebih jimat, mereka memilih untuk beli Folding Bike (Basikal Lipat).

 



 

Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur

Apa sahaja basikal yang anda miliki dan kayuh, ia semestinya akan meberi impak kepada kesihatan pengayuhnya yang lebih bagus. Ini terbukti.

Seperti saya, ramai pengguna amatur bertanya, basikal apa yang bagus untuk pengguna amatur, saya berpendapat terpulang pada penggunaannya. Namun, secara asas, semakin mahal basikal tersebut, pastinya semakin baik dan berkualiti hasilnya.

Untuk anda yang nak kayuhan biasa, santai dan dekat-dekat, boleh pilih untuk beli dan kayuh basikal lipat. Untuk yang sekadar nak kayuh sekitar taman dengan lebih aktif, basikal road bike mungkin patut anda cari. Namun, jika anda hard core, nak lebih agresif menggunakan jalan raya dan off road seperti di dalam trek hutan, semestinya mountain bike perlu anda guna.

 
mountain-bike-vs-road-bike

Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur

Jenis Basikal Yang Bagus Untuk Exercise Kayuhan Amatur
Odometer Basikal

Bercakap tentang kayuh basikal (gateh sikal kata orang kelantan), seperti saya yang jarang mengayuh basikal, bila pertama kali mengayuh untuk perjalanan sekitar 2 km, terasa agak kebas dibahagian betis. Lenguh pun ada. Selang beberapa minit selepas mendapat kesesuaian laju dan gear yang tepat untuk laluan jalan raya kampung, baru terasa seronok. Penat dan berpeluh, tetapi seronok.

Untuk rakan-rakan yang nak mengayuh, memang saya sendiri sarankan agar segera mendapatkan basikal yang bersesuaian. Tak perlu mahal, janji ia ad kualiti dan sesuai dengan penggunaan kita.

Rakan-rakan anda mungin ada ramai yang lebih pakar dalam basikal. Minta nasihat dan serasikan dengan masa anda. InsyaAllah, akan ada keseronokan dalam mengayuh basikal ni. Cuba lah…

Kalau ada rezeki, teringin nak beli Basikal Road Bike sendiri warna Merah. Kalau ada sponsor, Alhamdulillah… 🙂

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.