Ramai kat Malaysia yang semakin suka dengan biskut terkenal dari Korea Selatan yang diberi nama Pepero. Biasanya MrJocko selalu jumpa dan beli Pepero yang berwarna Hijau. Itu paling Popular di kalangan kita. Namun ramai yang tak tahu ada beberapa jenis Pepero Korea yang jarang kita lihat.
Semalam semasa stop di kedai serbaneka di Kaohsiung, sempat jumpa 3 jenis lagi Pepero yang berwarna Kuning (Nude), Merah (Original) dan Merah Putih (White Cookies Oreo).
Harga untuk satu kotak Pepero di Taiwan sekitar NTD49 hingga NTD59. Kira itu harga yang hampir sama dengan harga di Malaysia. Ada yang kata Pepero White Cookies ni sedap sebab ada rasa Oreo. Betul ke?
MrJocko cuma ambil gambar sahaja untuk informasi. Setakat ini, MrJocko sendiri tidak pasti kesahihan samada Pepero Korea ini halal atau tidak. Tak pandai nak baca ramuan dan memang tak nampak logo Halal kat kota coklat Pepero tersebut.
Ikutkan hati memang nak cuba kesemua jenis Pepero yang MrJocko lihat kat sana, namun apakan daya, tidak berani tanggung risiko halal atau tidak keluaran Pepero dari Korea ini. Kalau yang warna hijau yang ada di Malaysia, itu sudah biasa.
Anda bagaimana? Sudah pernah cuba jenis Pepero Korea yang berwarna Kuning, Merah dan Putih?
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko