Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

Sudah bertahun kita di Malaysia mengalami masalah Jerebu dan tiap kali ia berlaku, ia memberi impak negatif kepada sektor pelancongan. Ya, memang betul, Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia dan ia mungkin memberi kesan yang buruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Bayangkan kalau pertama kali anda datang ke Malaysia dan dibawa dalam keadaan Jerebu yang teruk sehinggakan ia memberi kesan kepada kesihatan anda, sudah pasti ia menjadi satu pengalaman ngeri kepada pengalaman melancong anda di sini, Malaysia. Akhirnya, untuk next trip, pasti anda akan mengelak untuk datang ke Malaysia.

Baca : Apa yang menarik di Malaysia?

Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

jerebu di malaysia
Jerebu di Malaysia

Diberitakan, sejak beberapa hari yang lepas, puluhan suspek telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kebakaran hutan besar di Indonesia, di mana ribuan hektar tanah ekologi telah dibakar, yang mengakibatkan kesan jerebu melanda rantau ini termasuk Indonesia, Singapura dan juga Malaysia.

Jurucakap Polis Negara Indonesia juga menegaskan bahawa 99% kebakaran hutan dan tanah yang telah berlaku akibat faktor manusia.

Kebakaran ini telah memberi kesan kepada kehidupan orang ramai di rantau ini. Singapura dan Malaysia telah mengalami kesan akibat kebakaran hutan ini dan menerima kesan kualiti udara yang mencapai paras yang sangat tidak sihat.

Setakat hari ini, lebih 600 sekolah telah ditutup di Malaysia kerana pencemaran udara, yang menjejaskan beratus-ratus ribu pelajar – Sumber Straits Times

kebakaran hutan di indonesia
Kebakaran hutan di Indonesia
kesan jerebu di palembang
kesan jerebu di palembang
kesan jerebu di kalimantan
kesan jerebu di kalimantan

Sumber : CNN

Untuk menyemak keadaan Pencemaran Udara Terkini, boleh semak di laman Air Pollutant Index of Malaysia.

Pelancong akan kurang berminat melancong ke negara yang mengalami masalah jerebu. Sesiapa saja yang pergi melancong, lebih suka untuk membuang duit ke negara yang udara yang segar, murah, pemandangan yang cantik dan punyai kestabilan yang terjamin. Jerebu yang teruk, boleh membawa kepada keadaan darurat.

Sebagai rakyat yang menetap di Malaysia dan khususnya di kawasan yang dilanda Jerebu, pastikan anda memakai Topeng Jerebu yang betul, seperti Topeng N95 seperti di bawah.

n95 mask for haze
N95 Mask for haze

Manakala untuk tips semasa ketika jerebu, boleh la baca lampiran yang saya letak ini untuk kebaikkan bersama. Ia mungkin boleh menyelamatkan kita dari diserang kesan kualiti udara yang merbahaya ini.

tips ketika jerebu
Tips Ketika Jerebu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.