Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu Tambang Bot Ke Pulau Sekitar Sabah

Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu adalah jeti utama buat pelancong dalam dan luar negara gunakan untuk ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu. Antara pulau-pulau yang menjadi tujuan pelancong dari Jeti Jesselton Point ialah Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Sulug dan banyak lagi. Anda juga boleh ke Pulau Labuan dengan menaiki bot dari Jeti Jesselton Point.

Harga tambang bot dari Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu ini berbeza dari pulau-pulau sekitar kerana jarak dan kedudukan pulau tersebut.

 

Seafood Bakar Murah di Pasar Filipino, Kota Kinabalu, Sabah

Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu

 
Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu

 

 

 

Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu
Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu
 
 
 

Untuk perkhidmatan bot dari Jeti Jesselton Point menuju ke Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug anda boleh mendapatkan khidmat bot di Jeti Jesselton Point ini dengan bayaran RM23 untuk bot dan RM7.20 untuk Yuran Jeti, Total RM30.20 (Pergi Balik). Untuk kanak-kanak RM18 untuk bot dan RM3.60 untuk Yuran Jeti.

Untuk perkhidmatan ke Pulau Mantanani, anda boleh mendapatkan khidmat samada di Jeti Jesselton ini atau menggunakan Kuala Abai, Kota Belud. Pakej yang ditawarkan berbeza dan ia bermula dengan harga RM350 untuk setiap orang dewasa termasuk Makan Tengahari, 2 kali Snorkeling dan perjalanan pergi dan balik dari Jeti. Untuk ke Pulau Mantanani, perjalanan mengambil masa selama sekitar 1 jam 30 minit.

Operasi bot bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

 
 

 

 

Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu

 

Bagi mereka yang nak ke Pulau Labuan atau Brunei, anda boleh juga menaiki Bot atau Feri dari Jeti Jesselton Point ini. Dari Jeti Jesselton Point ini ada dua trip iaitu pada jam 8.00 pagi dan 1.30 petang. Anda boleh memilih samada untuk membeli Tiket Kelas Pertama atau Kelas Ekonomi. Harga dari Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu ke Labuan ialah  :

 

KK – Labuan : RM39.60 (Kelas Ekonomi) dan RM44.60 (Kelas Pertama)

Labuan – KK : RM34.00 (Kelas Ekonomi) dan RM39.00 (Kelas Pertama)

 

KK – Brunei – Kelas Ekonomi : RM60 (Dewasa) dan RM38 (Kanak-kanak)

 

So, kalau nak ke Pulau sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu ini, anda di nasihatkan untuk menaiki bot dari Jeti Jesselton Point ini.

 

AirAsia menyediakan 12 penerbangan dari KLIA2 ke Kota Kinabalu setiap hari dan anda boleh pilih masa dan lokasi percutian anda dengan mudah bersama AirAsia.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.