Nak cerita pasal Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah Melaka. First time MrJocko mencuba pengalaman menaiki bot di Melaka pada tahun 2012 . Masa tu MrJocko datang dan menginap di Best Western Riverside Hotel, Melaka selama 2 hari 1 malam.
Masa tu kami datang satu keluarga dan memang sangat sesuai bercuti di Best Western Riverside Hotel dan juga menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise.
Baca : Destinasi Pelancongan Menarik Di Bandar Melaka
Untuk kali ini, kami terpaksa ke Jeti Melaka River Cruise di Taman Tempah, Melaka untuk menaiki bot Melaka River Cruise kerana buat masa sekarang mereka hanya mengambil penumpang di Jeti Taman Rempah atau di Jeti Muara sahaja. Walaupun sepanjang Sungai Melaka ada banyak jeti kecil, anda terpaksa ke dua jeti tersebut jika ingin menaiki Melaka River Cruise.
Dapatkan harga hotel penginapan yang Murah dan Mudah dengan tempah pakej anda di sini, Laman Web AGODA.
Jeti River Cruise di Melaka
Jeti Melaka River Cruise
Perjalanan menaiki Melaka River Cruise dari Jeti Taman Rempah ke Jeti Muara dan pusing balik ke Jeti Taman Rempah memakan masa selama 45 minit lebih kurang. Sepanjang perjalanan, memang tidak akan bosan. Duduk dan nikmati keindahan bandar Melaka dari sudut laluan sungai yang dulunya terkenal di seluruh Nusantara.
Untuk kepuasan maksima, pendapat MrJocko, lebih baik anda menaiki trip sekitar jam 6.30 petang, untuk menikmati pemandangan Sungai Melaka di waktu petang dan pulang ke jeti dengan pemandangan matahari terbenam. Ia sesuatu yang menakjubkan.
Sepanjang Sungai Melaka, anda akan menikmati pemandangan hotel-hotel sekitar bandar Melaka, bangunan Heritage, Kincir Air, Hard Rock Cafe Melaka dan banyak lagi yang menarik.
Untuk makluman, harga tiket menaiki River Cruise ialah cuma RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 malam. Tiket boleh dibeli di Jeti Melaka River Cruise atau wakil jualan yang sah.
[…] Baca : Tempat Menarik di Melaka […]