Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tambang Jeti Mersing Ke Pulau Tioman Jeti Pengangkutan

Tambang Jeti Mersing Ke Pulau Tioman Jeti Pengangkutan. Bagi peminat Pulau, anda mungkin akan merancang suatu hari nanti ke Pulau Tioman di daerah Mersing, Pahang. Untuk ke Pulau Tioman, salah satu cara dengan menaiki bot laju atau ada yang memanggil feri dari Jeti Mersing. Ada banyak cara untuk ke sana, samada melalui Speed Ferry yang besar atau menggunakan speed boat biasa persendirian.

Anda boleh menaiki pengangkutan air ini ke Pulau Tioman seawal jam 8.00 pagi dan biasanya dari Pulau Tioman menghala balik ke Jeti Mersing sekitar jam 6.00 petang. Ini kerana perjalanan satu hala dari Jeti ini ke Pulau Tioman memakan masa sekitar 2 jam. Kadang-kadang, perjalanan Ferry ini tidak mengikut masa yang tetap kerana mengikut keadaan ombak dan cuaca semasa.

Baca : Resort Berbaloi Untuk Bajet Travel Di Pulau Tioman

Tambang Jeti Mersing Ke Pulau Tioman/h2>

Jeti Mersing Ke Pulau Tioman

 

Jeti Mersing Ke Pulau Tioman

 

Jeti Mersing Ke Pulau Tioman

Ini Speed Boat Bestari 1 yang membawa penumpang dari Pelabuhan Mersing ke Pulau Tioman
 

Jeti Mersing Ke Pulau Tioman

 

Untuk harga tambang tiket satu hala perjalanan dari jeti pekan ini ke Pulau Tioman bagi setiap dewasa ialah RM35.00 dan RM30.00 bagi kanak-kanak. Dari pelabuhan, Ferry ini akan singgah di beberapa jeti di Pulau Tioman dan anda boleh memilih lokasi destinasi anda.

Kedudukan Pulau Tioman terletak sejauh 70 km dari tanah besar Mersing, Johor. Pulau ini juga terletak kira-kira 58 KM dari Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Mereka yang memandu, boleh meletakkan kereta di kawasan parkir berhampiran Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemuk. Harga parking kereta di jeti cuma RM 15 sehari.

Perjalanan menaiki bot akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit sehingga 2 jam untuk sampai ke Pulau Tioman, mengikut keadaan laut semasa.

Jadi, kalau nak mudah, sebaiknya anda merancang dulu lokasi mana yang anda minat untuk menginap di Pulau Tioman dan anda boleh berhenti di Jeti yang anda mahukan. Ia lebih mudah, tidak perlu terlepas jeti dimana hotel atau resot anda inap.

Sudah pasti, kalau ke Pulau Tioman, anda akan nikmati masa percutian Pulau yang menyeronokkan. Ia agak berbeza dengan pulau-pulau lain di Malaysia yang mempunyai tarikan tersendiri.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.